Dalam artikel 5 terbaik hari ini, saya akan kongsikan dengan anda pascabayar yang boleh anda pertimbangkan sekiranya anda ada bajet RM100.
Edisi 2023: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia
1. U Mobile
Saya ingin mulakan dengan U Mobile kerana mereka tawarkan kuota 1TB dan mereka tidak gunakan frasa “tanpa had” dan akhirnya kenakan had kelajuan sekiranya melebihi FUP. Pelan yang ingin saya petik adalah U Postpaid 98.
Anda boleh langgannya pada harga RM98/bulan. Selain kuota 1TB untuk digunakan pada telefon, anda juga boleh gunakannya pada hotspot untuk dikongsikan dengan peranti yang lain tanpa masalah. Panggilan suara tanpa had juga diberikan untuk kemudahan.
Satu lagi manfaat yang anda peroleh di bawah U Postpaid 98 adalah kuota Internet 15GB dan panggilan suara masuk percuma bila anda roaming ke luar negara.
Untuk alternatif, U Postpaid 38 adalah penawaran yang menarik. Anda beroleh kuota Internet sebanyak 60GB tanpa sebarang manfaat roaming.
Masalah terbesar U Mobile adalah cakupan. Kalau anda berada dalam kawasan dengan isyarat U Mobile yang kuat, anda takkan menyesallah dengan U Mobile.
Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.
2. Yes 5G
Telco kedua yang tawarkan pascabayar menarik adalah Yes 5G. Yes Infinite Standard boleh dilanggan pada harga RM88/bulan. Pada harga itu, anda dapat kuota 4G dan 5G tanpa had tanpa FUP. Untuk hotspot, anda dapat 50GB kuota.
Ada lagi pilihan lebih mahal yang dibezakan pada jumlah kuota hotspot yang diberikan. Contohnya Infinite Standard berikan 50GB kuota hotspot, Infinite Premium 80GB dan Infinite Ultra 110GB.
Masalah dengan Yes 5G adalah cakupan 4G LTE mereka agak lemah. Jadi, kalau anda tinggal di kawasan yang cakupan 5G kuat, pelan ini cukup menarik untuk dipertimbangkan selepas U Mobile Postpaid 38.
Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.
3. Celcom
Sekarang kita pergi ke Celcom. Untuk Celcom, pascabayar bawah RM100 paling menarik pada saya ialah Celcom Mega 98. Anda boleh pilih sama ada internet tanpa had pada kelajuan 10Mbps. Ataupun kelajuan tanpa had pada kuota 50GB. Ada promosi sedang berjalan iaitu anda akan dapat 10GB kuota tambahan untuk 12 bulan pertama menjadikan kuota keseluruhan untuk 12 bulan pertama adalah 60GB.
Ada fleksibiliti padanya sebab anda boleh pilih untuk Internet tanpa had ataupun kuota dengan kelajuan maksimum mengikut syarat-syarat ditetapkan. Untuk Internet tanpa had, tiada had keras FUP dikenakan cumanya kelajuan disekat kepada 10Mbps.
Kemudian, anda juga dapat kuota hotspot 10GB dan panggilan suara tanpa had. Xpax postpaid ada tawarkan dua pelan iaitu Xpax Postpaid 60 dan Xpax Postpaid 40. Bila tengok produk spesifikasi, nampak macam tak menarik. Contohnya RM60/bulan dapat 40GB tapi 20GB promo 12 bulan. Dah habis promo jadi 20GB/bulan.
Anda boleh layari laman rasmi produk (Celcom, Xpax) untuk maklumat lanjut.
4. Digi
Untuk telco kuning. Pelan paling berbaloi daripada mereka adalah Digi Postpaid 90. Pelan ini berharga RM90/bulan tapi dalam tempoh promo, anda cuma perlu bayar RM75/bulan untuk 12 bulan pertama.
Peruntukkan kuota pun ada promo, untuk 12 bulan pertama, anda dapat 60GB dan selepas habis promosi, kuota akan kembali kepada penawaran asal iaitu 50GB.
Kemudian, Digi ada tawarkan promo untuk pelanggan setia melalui Postpaid Freedom Add-Ons.
Ada 6 pas Freedom Add-ons boleh anda pilih seperti:
- Kuota internet tanpa had
- Kuota app sosial tanpa had
- Kuota streaming tanpa had
- Kuota app gaming tanpa had
- Kuota roaming
Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.
5. Unifi Mobile
Beralih kita ke telco biru jingga Unifi Mobile. Pelan Uni5G baru saja diperkenalkan. Salah satu daripada pelan yang boleh anda dapatkan setakat ini adalah Uni5G Postpaid 65 pada harga RM55/bulan.
Anda dapat kuota Internet 60GB berkelajuan tinggi. Untuk hotspot, anda dapat 10GB disamping panggilan suara tanpa had. Ada satu pelan yang akan ditawarkan tak lama lagi pada harga RM89/bulan. Untuk pelan itu anda dapat kuota Internet tanpa had tapi belum ada info tentang FUP ataupun had kelajuan.. Lain-lain manfaat adalah sama saja macam pelan RM65.
Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.
6. Maxis
Telco yang terakhir adalah hijau Maxis. Untuk telco ini, saya petik Maxis Postpaid 98 sebagai pascabayar paling berbaloi untuknya. Pada harga RM98/bulan, anda dapat kuota 50GB, kemudian panggilan suara dan SMS tanpa had.
Anda juga dapat akses percuma untuk menonton sooka dan viu.
Sekiranya anda tak perlukan barang-barang percuma tadi, anda boleh dapatkan Hotlink Postpaid 60 pada harga RM60/bulan.
Anda kekalkan manfaat kuota Internet, panggilan suara dan sms tanpa had, tapi anda kehilangan keudahan penstriman pada penjimatan RM38/bulan.
Begitulah perkongsiansaya tentang pascabayar berbaloi bawah RM100 daripada 6 telco utama di Malaysia. Pascabayar apa yang sedang anda langgan sekarang? Berapa komitment bulanan anda? Kongsikan dalam ruangan komen di bawah.
Anda boleh layari laman rasmi produk (Maxis, Hotlink) untuk maklumat lanjut.