• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ninja Van sedia 100% liputan penghantaran, tambah baik sistem automasi yang mampu imbas 30,000 bungkusan sejam

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:56 pm
  • 23/02/2023
  • Komen
Ninja Van sedia 100% liputan penghantaran, tambah baik sistem automasi yang mampu imbas 30,000 bungkusan sejam
Share on FacebookShare on Twitter

Anda selalu guna perkihdmatan Ninja Van? Ninja Van Malaysia merupakan salah satu pembekal logistik yang dipercayai di Malaysia sejak 2015. Ia merekodkan penghantaran barangan kepada lebih 14 juta penerima dalam tempoh 12 bulan lalu.

Syarikat itu juga sediakan liputan 100% di seluruh negara dengan hampir 5,700 lokasi Pick Up & Drop Off (PUDO). Malah pada Januari 2022, Ninja Van Malaysia semakin berkembang dengan mengumumkan pelancaran habnya seluas 260,000 kaki persegi di Shah Alam.



Sempena kempen ulang tahun Ninja Van Malaysia yang ke-8, syarikat itu kini sedang mempercepatkan automasi dan naiktaraf beberapa operasi mereka. Dengan sistem automasi terbaru, proses penyusunan bungkusan kini ditambahbaik dengan fungsi penimbang berat, pengesan saiz dan ianya disasarkan mampu imbas sehingga 30,000 bungkusan sejam.

Sistem ini juga sediakan data bungkusan masa nyata yang tepat, meningkatkan kecekapan penyusunan dan penjejakan bungkusan. Hasilnya, keupayaan pemprosesan bungkusan harian dijangka akan meningkat hampir 35%.



“Sejak beberapa tahun yang lepas, kami melihat bahawa e-dagang merupakan trend makro yang akan kekal. Oleh itu, kami akan terus memberi tumpuan ke arah memacu kecekapan operasi yang lebih besar dan membina infrastruktur untuk menyediakan perkhidmatan terbaik dalam sektor logistik buat pelanggan kami. Dengan mengautomasikan cara bungkusan-bungkusan diproses, kami dapat menyediakan perkhidmatan yang lebih pantas dan selamat untuk para pengirim dan pembeli yang maju bersama kami sejak lapan tahun lalu. Kami percaya bahawa penambahbaikan ini juga selari dengan dedikasi negara dalam mengklasifikasikan logistik sebagai industri yang signifikan,” kata Adzim Halim, Ketua Pegawai Eksekutif di Ninja Van Malaysia.

Beliau menambah, “Inovasi berpacukan teknologi seperti automasi adalah penting untuk kemajuan industri logistik tempatan serta keseluruhan ekonomi digital, yang telah dikenal pasti sebagai salah satu tonggak ekonomi utama Malaysia. Sejak awal 2014, kami telah merentasi evolusi e-dagang di Asia Tenggara dan pengalaman ini membolehkan kami memainkan peranan penting dalam memartabatkan industri logistik. Kami komited untuk membentuk ekosistem yang menyediakan perkhidmatan dan servis yang berkualiti untuk memenuhi keperluan semua pengguna kami.”

Dengan kemajuan ini, tentunya perkhidmatan penghantaran bungkusan Ninja Van akan jadi lebih pantas untuk para pelanggan, berbanding pesaingnya seperti Pos Laju, Shopee Xpress dan J&T. Dengan lokasi Pick Up & Drop Off yang banyak, serta adanya aplikasi Ninja Biz yang direka khusus untuk pengirim akses penghantaran, maka tiada lagi alasan untuk orang ramai tidak gunakan Ninja Van sebagai pilihan utama untuk mengirim bungkusan.

Tags: ninja van
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Ninja Van sedia 100% liputan penghantaran, tambah baik sistem automasi yang mampu imbas 30,000 bungkusan sejam

Ninja Van sedia 100% liputan penghantaran, tambah baik sistem automasi yang mampu imbas 30,000 bungkusan sejam

23 February 2023
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN