• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Zenbook 14X OLED edisi Intel Gen-13 akan dilancar, harga bermula RM4,999

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:04 pm
  • 23/02/2023
  • Komen
Zenbook 14X OLED edisi Intel Gen-13 akan dilancar, harga bermula RM4,999
Share on FacebookShare on Twitter

Asus Malaysia memberitahu pengguna yang mereka akan memperkenalkan kemas kini buat barisan Zenbook 14X OLED mereka untuk tahun 2023. Kata mereka ini adalah model paling berkuasa dalam siri Zenbook klasik yang menggabungkan prestasi tinggi tanpa mengorbankan ciri mudah alih.

Bermula dengan paparan, Zenbook 14X OLED dilengkapi paparan 14.5” pada resolusi 2.8K dengan kadar segar semula 120Hz. Antara ciri menarik panel ini adalah ia peka sentuhan dan menerima pengesahan Pantone pada segi kejituan penghasilan warna.



Untuk taburan port, Asus menyediakan kemudahan-kemudahan seperti:

  • 2 x Thunderbolt 4 USB-C
  • 1 x USB-A
  • 1 x HDMI
  • 1 x 3.5mm jek audio

Agak malang laptop ini tidak disediakan dengan slot pembaca kad SD. Mungkin rasionalnya adalah untuk memastikan fizikalitinya kecil.



Atas papan utama, Zenbook 14X OLED diperkasa cip Intel generasi ke-13 sama ada Core i5, i7, dan i9 serta terdapat beberapa konfigurasi ditawarkan untuk pasaran Malaysia.

Varian tertinggi laptop ini diperkasa Intel Core i9-13900H yang bergandingan dengan GPU Nvidia GeForce RTX3050. RAM LPDDR5 berkeluasan 32GB diberikan sekali dan ruang storan 1TB daripada jenis SSD PCIe Gen4 digunakan untuk penyimpanan.

Bateri yang terkandung di dalam laptop ini adalah yang berkapasiti 70Wh dengan sistem pengecasan sehingga 100W.

Tegapnya laptop ini dibuktikan dengan piawaian ketenteraan MIL-STD 810H. Ia lulus 12 ujian, 26 prosedur antaranya adalah suhu ekstrim antara -51° C hingga 71° C, gegaran, hentakan, dan banyak lagi.

Zenbook 14X OLED (UX3404) sudahpun boleh beli di Malaysia pada harga RM5,999 untuk varian Intel Core i7-13700H. Varian Core i5 dan i9 akan menyusul pada awal April 2023 masing-masing pada harga RM4,999 dan RM6,999.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Bacaan Berkaitan

  • [REVIU] Asus Zenbook 17 Fold OLED, laptop mahal tapi datang dengan papan kekunci bermasalah
  • Asus ROG Zephyrus G14 & G15 (2022): Gaming berstail pada harga bermula RM7,999
  • Asus ROG Flow X13 (2022) rasmi pada harga bermula RM6,599
  • 6 varian pelbagai paras harga disediakan dalam Asus TUF Dash F15 (2022) untuk anda pilih
Tags: asusAsus ZenBookAsus Zenbook 14X OLED
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

28 August 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

10 September 2025
Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

21 August 2025
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
Zenbook 14X OLED edisi Intel Gen-13 akan dilancar, harga bermula RM4,999

Zenbook 14X OLED edisi Intel Gen-13 akan dilancar, harga bermula RM4,999

23 February 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER