• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Adakah ini warna khas iPhone 15 Pro dengan rekaan baru dan port USB-C?

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:16 pm
  • 24/02/2023
  • Komen
Adakah ini warna khas iPhone 15 Pro dengan rekaan baru dan port USB-C?
Share on FacebookShare on Twitter

Setiap kali pelancaran iPhone, pasti akan terdapat warna khas yang Apple tawarkan bagi model Pro. Warna khas ini popular dengan warnanya yang elegan serta memberikan perbezaan yang lebih baik daripada model sebelumnya.

Untuk iPhone 15 Pro yang akan datang, Apple dikatakan dalam usaha untuk menghasilkan pilihan warna merah gelap bagi warna khas ini. Kod heks bagi warna tersebut adalah  #410D0D. Render oleh 9to5mac juga menunjukkan bagaimana warna tersebut pada badan iPhone 15 Pro.



Bagi model iPhone 15 biasa, sumber mengatakan dua pilihan warna sedang diuji iaitu biru terang dan merah jambu. Kod heksnya adalah #CE3B6C untuk merah jambu, #0DB1E untuk biru . 

Sama seperti badan Apple Watch, warna merah gelap pada iPhone 15 Pro akan didatangkan pada badan titanium, berbanding badan keluli tahan karat di model iPhone Pro sebelum ini. Oleh itu, Apple perlu meneliti salutan warna baru pada badan titanium ini kerana ia berkait rapat dengan faktor kadar hasil, masa pengeluaran dan kos untuk menghasilkannya.



Untuk reka bentuk iPhone 15 Pro, 9to5mac melaporkan terdapat beberapa perubahan signifikan pada luaran badan varian Pro. Sekeliling tepi badan nampak lebih melengkung, boleh membuatkan ia lebih selesa untuk dipegang. Bonggol kamera di belakang juga nampak lebih menonjol keluar, mungkin disebabkan kemas kini sensor dan lens baru yang lebih baik.

Saiz badan iPhone 15 Pro juga nampak lebih kecil, walau dengan mengekalkan paparan bersaiz 6.1 inci. Ini adalah kerana bezel yang terdapat pada model terbaru ini lebih nipis. Dynamic Island pula masih terlihat sama saiz seperti iPhone 14 Pro. 

Apa yang pasti, peralihan port Lightning ke USB-C akan berlaku pada siri iPhone 15, sejak port Lightning diperkenalkan pada 2012. Ini disebabkan oleh desakan dari Kesatuan Eropah yang mahu menyeragamkan cara pengecasan untuk semua telefon pintar dan peranti bagi mengurangkan pembaziran bahan elektronik.

[Sumber: 9to5Mac]

Tags: appleiphone
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Adakah ini warna khas iPhone 15 Pro dengan rekaan baru dan port USB-C?

Adakah ini warna khas iPhone 15 Pro dengan rekaan baru dan port USB-C?

24 February 2023
Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

21 January 2026
Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER