• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi 13 Lite tiada Leica tetapi telefon terbaik swafoto dan bersiaran langsung dengan dua lampu limpah

  • OLEH Najib
  • 1:51 am
  • 27/02/2023
  • Komen
Xiaomi 13 Lite tiada Leica tetapi telefon terbaik swafoto dan bersiaran langsung  dengan dua lampu limpah
Share on FacebookShare on Twitter

Sebenarnya bukan dua, tetapi ada tiga model dilancarkan di dalam siri Xiaomi 13. Selain Xiaomi 13 dan Xiaomi 13 Pro, satu lagi yang diumumkan di pentas Barcelona adalah Xiaomi 13 Lite. Seperti namannya, ia adalah model paling rendah dalam keluarga siri Xiaomi 13.

Perbezaan terbesar Xiaomi 13 Lite berbanding dua lagi model adalah ketiadaan label Leica pada kamera. Tetapi kekurangan ini diganti dengan kelebihan berganda untuk kamera hadapan.



Spesifikasi Xiaomi 13 Lite

Telefon yang lebih ‘ringan’ ini dikuasakan cip kelas pertengahan, Snapdragon 7 Gen 1. Ia dipadankan dengan RAM LPDDR4X dan storan UFS 2.2, juga perkakas kelas pertengahan.

Ia dilengkapi skrin AMOLED HD Penuh 120Hz berukuran 6.56-inci, jenis rata dan memmiliki kadar kecerahan setinggi 1,000 nits. Pengimbas capjari terdapat di dalam skrin.



Kehebatan utama Xiaomi 13 Lite adalah pada kamera hadapannya. Ada dua kamera hadapannya, terletak di dalam lubang bujur seakan ‘Dynamic Island’ di iPhone 14 Pro. Kamera tersebut adalah kamera utama 32MP dan kamera potret 8MP. Kehebatan ini ditambah lagi dengan dua lampu limpah LED untuk menjadikan tangkapa swafoto yang sentiasa cerah. Ini pastinya sangat disukai kaki swafoto atau mereka yang gemar membuat siaran langsung di media sosial.

Di belakang ada tiga kamera, menggabungkan kamera utama 50MP F1.8 dengan sensor Sony IMX766, kamera ultra lebar 8MP F2.2 IMX355 serta kamera makro 2MP F2.4.

Tenaga diperoleh daripada bateri 4,500mAh dan menyokong pengecasan pantas 67W berwayar, tiada pengecas wayarles. Sistem bunyi hanya mono kerana ada satu pembesar suara.

Satu perkara penting yang harus diketahui orang ramai adalah sistem operasi. Di Xiaomi 13 Lite, ia datang siap dengan MIUI 14 tetapi berasaskan Android 12, bukan Android 13 seperti di Xiaomi 13. Sebab itu, harus diingat bahawa versi MIUI yang sama tidak semestinya menggunakan Android yang serupa di peranti berlainan.

Pilihan warna untuk Xiaomi 13 Lite ada tiga iaitu merah jambu, hitam dan biru. Harganya pula bermula dari EUR499 (~RM2,341) dengan RAM 8GB dan storan 128GB di Eropah. Untuk perbandingan, Xiaomi 12 Lite dilancar di Malaysia pada harga RM1,699 sahaja.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Xiaomi 13 Lite.

Bacaan Berkaitan

  • Xiaomi 13 dan 13 Pro dilancar dengan Google One Premium 2TB percuma, akan tiba ke Malaysia
  • Peruncit Eropah terkantoi pamer info Xiaomi 13 Lite di laman jualan
  • Siri Xiaomi 13 masuki Malaysia pada 27 Februari 2023
  • Xiaomi 12 Lite: Maklumat penjualannya di Malaysia
Tags: xiaomixiaomi 13xiaomi 13 lite
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Xiaomi 13 Lite tiada Leica tetapi telefon terbaik swafoto dan bersiaran langsung  dengan dua lampu limpah

Xiaomi 13 Lite tiada Leica tetapi telefon terbaik swafoto dan bersiaran langsung dengan dua lampu limpah

27 February 2023
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER