• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi Electric Scooter 4 Ultra diumum dengan sistem ampaian baharu dan jarak kembara 70km

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:49 am
  • 27/02/2023
  • Komen
Xiaomi Electric Scooter 4 Ultra diumum dengan sistem ampaian baharu dan jarak kembara 70km
Share on FacebookShare on Twitter

Produk terakhir yang dilancarkan Xiaomi dalam majlis pelancaran mereka di MWC 2023 adalah sebuah skuter elektrik. Xiaomi Electric Scooter 4 Ultra adalah versi lebih bertenaga kepada Electric Scooter 4 Pro yang telahpun dilancarkan tahun sudah.

Makanya, ia menjadikan Electric Scooter 4 Ultra adalah elektrik skuter paling berkuasa pernah dihasilkan.



Ciri paling menonjol pada iterasi kali ini adalah sistem ampaian depan dan belakang. Ia membolehkan penunggang melalui jalan yang lebih mencabar tanpa mengorbankan keselesaan.

Motor yang menggerakkan skuter ini lebih berkuasa. Ia memuntahkan 940W tenaga berbanding 700W pada edisi sebelum ini. Ia bermakna anda boleh menaiki laluan yang lebih curam, pada sudut 25% berbanding 20% sebelum ini.



Walaupun motor lebih berkuasa dikenakan pada kenderaan elektrik ini, ia tidak bermakna kelajuan maksimumnya ditambah. Untuk tujuan keselamatan, ia dihadkan kepada 25km/j yang bermakna peningkatan tenaga bolehlah anda nikmati pada segi pecutan yang lebih tinggi.

Tayar yang diguna pakai adalah sama. Xiaomi DuraGel adalah tayar skuter bersaiz 10” dengan teknologi penyembuhan kendiri apabila mengalami bocoran kecil.

Jarak kembara yang dimiliki Electric Scooter 4 Ultra adalah 75km. Kapasiti baterinya tidaklah dapat dipastikan tapi ia pastinya lebih besar daripada 446Wh Scooter 4 Pro sebelum ini.

Tanda harga skuter elektrik ini adalah EUR999 (RM4,688).

Bacaan berkaitan

  • Xiaomi Watch S1 Pro diperkenal, badan premium dengan hayat bateri sehingga 14 hari
  • 18 peranti Xiaomi akan terima MIUI 14 mulai suku pertama 2023
  • Xiaomi 13 dan 13 Pro dilancar dengan Google One Premium 2TB percuma, akan tiba ke Malaysia
Tags: skuterskuter elektrikxiaomixiaomi electric scooter 4 ultra
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Xiaomi Electric Scooter 4 Ultra diumum dengan sistem ampaian baharu dan jarak kembara 70km

Xiaomi Electric Scooter 4 Ultra diumum dengan sistem ampaian baharu dan jarak kembara 70km

27 February 2023
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN