• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

YouTube kini benarkan tambah audio berbilang bahasa pada video, peluang untuk tarik lebih ramai penonton

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:47 pm
  • 27/02/2023
  • Komen
YouTube kini benarkan tambah audio berbilang bahasa pada video, peluang untuk tarik lebih ramai penonton
Share on FacebookShare on Twitter

YouTube sedang lancarkan ciri yang membolehkan pencipta kandungan mengalih suara video mereka dalam pelbagai bahasa. Ini membolehkan mereka mendekati penonton yang lebih luas dalam bahasa berbeza di seluruh dunia. Ciri ini sudah di cuba oleh sekumpulan kecil pencipta kandungan termasuklah MrBeast. Dia telah alih suara video paling popularnya dalam 11 bahasa.

Kini, Youtube mengembangkan ciri ini secara meluas kepada beribu-ribu lagi pencipta. Untuk mulakannya, anda hanya perlu muat naik video ke dalam saluran, kemudian tambah trek audio yang berbeza melalui alat Subtitles Editor. Kandungan sedia ada juga boleh dikemas kini dengan trek audio tambahan.



Untuk penonton pula, anda cuma perlu klik simbol tetapan pada video. Pilih Audio Track untuk lihat audio yang tersedia sebelum mula menonton video tersebut dalam bahasa lain. Faedah ciri ini untuk penonton ialah, mereka boleh tonton lebih banyak video kerana ada kebolehan untuk alih suara dalam bahasa yang mereka fahami, tanpa perlu kisah mengenai sari kata.

Youtube dapati bahawa pencipta yang menguji video alih suara berbilang bahasa, menyaksikan lebih 15% masa tontonan mereka datang daripada tontonan dalam bahasa alih suara di video itu. Secara purata, penonton menonton lebih 2 juta jam video alih suara setiap hari pada bulan Januari lepas.



Jika sebelum ini video anda hanya ditonton oleh rakyat Malaysia sahaja, anda boleh cuba ciri ini untuk tambah bahasa lain pada video bagi menarik lebih ramai penonton dari pelbagai negara.

[Sumber: YouTube]

Tags: YouTube
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
YouTube kini benarkan tambah audio berbilang bahasa pada video, peluang untuk tarik lebih ramai penonton

YouTube kini benarkan tambah audio berbilang bahasa pada video, peluang untuk tarik lebih ramai penonton

27 February 2023
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

6 January 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER