• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jangan tweet kenyataan seperti ini di Twitter, akaun anda mungkin akan digantung

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:18 pm
  • 01/03/2023
  • Komen
Twitter lancarkan sarikata automatik untuk video, tapi ada satu kelemahan
Share on FacebookShare on Twitter

Anda pernah nampak pengguna Twitter tweet harapan negatif pada seseorang? Contohnya mengharapkan seseorang itu mati, menderita penyakit yang teruk, hadapi insiden tragis dan sebagainya. Jika pernah, selepas ini anda tidak akan lihatnya lagi sebab Twitter mengemaskini dasar violent speech, yang mengandungi beberapa penambahan serius berbanding dengan versi peraturan sebelumnya.

Dasar baharu itu melarang pengguna daripada menyatakan hasrat bahaya dan sentimen yang serupa dengannya. Malah ancaman untuk rosakkan rumah, tempat perlindungan orang awam, infrastruktur penting untuk aktiviti harian serta perniagaan, juga tidak boleh.



Berbanding sebelum ini, kenyataan mengharap seseorang alami kecederaan fizikal, membuat ancaman yang tidak mungkin menyebabkan kecederaan serius, tidak akan diambil tindakan di bawah dasar ini.

Jika anda tertanya-tanya, apakah perkara yang tidak melanggar dasar ini. Jawapannya, Twitter benarkan tweet ganas tapi tiada konteks kesat atau ganas yang jelas. Contohnya tweet hiperbola atau tweet perbincangan permainan acara sukan bersama kawan. Twitter juga benarkan sindiran apabila konteksnya untuk nyatakan pandangan dan bukan untuk mencetuskan keganasan atau bahaya yang boleh diambil tindakan.



Jadi, apa akan berlaku jika anda langgar dasar baru tersebut? Dalam kebanyakan kes, Twitter akan gantung serta-merta secara kekal akaun yang melakukannya. Untuk pelanggaran yang kurang serius, Twitter mungkin akan kunci anda sementara daripada akaun sebelum anda dibenarkan Tweet semula. Tapi, jika anda terus langgar dasar selepas menerima amaran, akaun anda akan digantung secara kekal.

[Sumber: Engadget, Twitter]

Tags: Twitter
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Twitter lancarkan sarikata automatik untuk video, tapi ada satu kelemahan

Jangan tweet kenyataan seperti ini di Twitter, akaun anda mungkin akan digantung

1 March 2023
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN