• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Garmin Forerunner 965 & 265: Dua jam tangan pertama dalam keluarganya dengan panel OLED

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:20 am
  • 03/03/2023
  • Komen
Garmin Forerunner 965 & 265: Dua jam tangan pertama dalam keluarganya dengan panel OLED
Share on FacebookShare on Twitter

Garmin telah mengemas kini penawaran jam tangan penjejak kecergsan mereka dalam keluarga Forerunner. Perubahan paling ketara yang dibawakan pada Forerunner 265 dan Forerunner 965 adalah kini mereka mengguna pakai panel paparan OLED peka sentuhan, pertama seumpamanya dalam siri itu.

Agak menarik laluan yang dipilih Garmin kerana panel OLED biasanya dikaitkan komponen yang dahagakan bateri. Sebelum ini, banyak jam garmin menggunakan panel transleflektif yang sangat mudah dibaca walaupun bawah cahaya matahari dan katanya lebih jimat tenaga berbanding panel OLED.



Tambahan pula, siri Forerunner biasanya adalah untuk pengguna aktif yang perlukan hayat bateri panjang tapi tidak mahu berbelanja besar untuk dapatkan model Fenix yang lebih mahal.

Namun, berdasarkan spesifikasi, hayat bateri tidaklah jauh bezanya. Misalnya Forerunner 265 mempunya hayat bateri sehingga 14 hari manakala Forerunner 255 sehingga 13 hari.



Bermula dengan Forerunner 265, ia ditawarkan dalam dua varian iaitu berbadan 46mm ataupun 42mm yang lebih kecil (Forerunner 265S). Selain panel OLED baharu, lain-lain spesifikasi dilihat masih dikekalkan seperti sebelumnya seperti:

  • GPS
  • GLONASS
  • Galileo
  • Menyokong isyarat GNSS multifrekuensi
  • Satiq
  • Garmin Elevate
  • Altimeter
  • Kompas
  • Giroskop
  • Akselerometer
  • Cahaya
  • Pulse Ox

Kalau ada perkara baharu pun mungkin teknologi Satiq yang ada kaitan dengan cara ia menjejak kedudukan menggunakan satelit GNSS.

Forerunner 965 pula adalah versi yang lebih besar dengan storan dalaman 32GB berbanding 8GB pada Forerunner 265. Dengan badan lebih besar (47mm), hayat gunanya juga lebih panjang pada sehingga 23 hari, mungkin disebabkan bateri berkapasiti lebih tinggi.

Panel paparannya juga lebih teguh apabila dilapisi Corning Gorilla Glass DX yang lebih baharu berbanding Gorilla Glass 3 pada Forerunner 265. Daripada segi ciri-ciri. Untuk ciri-ciri selebihnya, Forerunner 965 sama sahaja dengan Forerunner 265.

Dalam pasaran A.S, Forerunner 265 dan Forerunner 965 masing-masing dijual pada harga USD450 (RM2,012) dan USD600 (RM2,683).

Sumber: Garmin

Tags: garmingarmin forerunner 265garmin forerunner 965
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Garmin Forerunner 965 & 265: Dua jam tangan pertama dalam keluarganya dengan panel OLED

Garmin Forerunner 965 & 265: Dua jam tangan pertama dalam keluarganya dengan panel OLED

3 March 2023
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

1 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN