• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Bengang kadar bayaran Grab yang rendah? Cuba Maxim

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:18 pm
  • 06/03/2023
  • Komen
Bengang kadar bayaran Grab yang rendah? Cuba Maxim
Share on FacebookShare on Twitter

Anda sedang cari pekerjaan sambilan? Ada kenderaan sendiri? Maxim Malaysia kini buka peluang kepada orang ramai untuk sertai mereka sebagai pemandu Maxim. Masa bekerja adalah fleksibel, maksudnya anda boleh pilih untuk bekerja pada waktu yang anda nak.

Yang menariknya, rakan pemandu diberi kelebihan untuk pilih tempahan sendiri di aplikasi, ini akan memudahkan anda pilih tempahan yang berdekatan dan menyusun jadual perjalanan. Harga tempahan boleh diketahui lebih awal, oleh itu anda boleh sasarkan pendapatan yang ingin dicapai.



Sebagai langkah untuk dapatkan duit sampingan bagi pemandu separuh masa, Maxim Malaysia cadangkan rakan pemandu untuk aktifkan aplikasi sebelum pergi kerja dan cari penumpang yang ingin ke destinasi sama. Dengan mengambil perluang ini, anda boleh dapatkan modal pusingan minyak kereta setiap bulan dan masih mempunyai pendapatan lebih untuk belanja.

Jangan risau jika tidak dapat penumpang sebab Maxim Malaysia kini tersedia di seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Malah, dikatakan tempahan Maxim semakin meningkat setiap hari!



Menurut sumber Maxim, bayaran minimum yang dikenakan pada penumpang adalah bergantung pada lokasi. Untuk kawasan luar bandar, harga yang dikenakan bermula dari RM2. Manakala untuk bandar besar seperti Kuala Lumpur, caj minimum yang dikenakan bermula dari RM3. Dibandingkan dengan Grab, tambang asas dan minimum kini masing-masing berada pada paras RM2 dan RM5. Maknanya dua platform ini kenakan caj lebih kurang sahaja, jadi anda bolehlah pertimbangkan untuk jadi pemandu Maxim jika berminat.

Untuk daftar sebagai pemandu, anda boleh ikut langkah di bawah:

  1. Muat turun aplikasi Taxsee Driver di App Store atau Play Store, pemandu Maxim perlu menggunakan aplikasi khas ini
  2. Lakukan pendaftaran sebagai pemandu baru dengan isi borang yang diberikan
  3. Muat Naik Lesen Kereta, Lesen PSV, Kad Hijau dan PUSPAKOM
  4. Tunggu pasukan Maxim hubungi anda untuk berikan panduan seterusnya
Tags: maxim
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Bengang kadar bayaran Grab yang rendah? Cuba Maxim

Bengang kadar bayaran Grab yang rendah? Cuba Maxim

6 March 2023
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN