• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Durasi Facebook Reels dipanjang ke 90 saat, lebih peluang anda kongsi reviu kedai hipster

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:04 pm
  • 07/03/2023
  • Komen
Durasi Facebook Reels dipanjang ke 90 saat, lebih peluang anda kongsi reviu kedai hipster
Share on FacebookShare on Twitter

Anda pernah rasa geram dekat Facebook Reels, sebab tak boleh muat naik video panjang seperti di Tiktok? Jika anda ada hadapi situasi itu, nampaknya perkara tersebut tidak perlu dilalui lagi sebab Meta kini memanjangkan had maksimum video Facebook Reels kepada 90 saat sama seperti Instagram Reels. Walaupun ia masih jauh berbeza dengan Tiktok yang meletakkan had maksimum 10 minit untuk satu video, tapi kemas kini ini sangat berguna untuk pengguna yang mahu muat naik video ringkas seperti reviu makanan atau rumusan video percutian.

Selain itu, Facebook Reels juga kini ada ciri untuk pengguna sync (menyelarikan) video dengan lagu, ia dipanggil Grooves. Menurut Meta, ciri ini menggunakan visual beat technology (teknologi rentak visual). Ia secara automatik akan selarikan gerakan dalam video dengan rentak lagu. Tapi saya belum dapat askes lagi ciri ini, mungkin ia sedang dilancarkan secara berfasa.



Di samping itu, Facebook turut tawarkan cara mudah untuk anda cipta Reels dari Memories di Facebook. Ini sangat berguna jika anda ingin kongsi kembali gambar atau video lama anda di Facebook kepada pengikut. Anda juga boleh manfaatkan ciri Template yang baru disediakan. Dengannya bolehlah anda gantikan klip daripada templat sedia ada dengan video anda sendiri.

Antara semua kemas kini Reels ini, mana satu yang paling anda suka? Bagi saya, had panjang video 90 saat dan Grooves merupakan ciri yang sangat berguna untuk bantu orang ramai kongsikan kandungan menarik. Dengannya anda tak perlu bersusah payah untuk potong video yang panjang dan sunting lagu latar belakang sendiri.



[Sumber: Engadget, Facebook]

Tags: FacebookFacebook Reels
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Durasi Facebook Reels dipanjang ke 90 saat, lebih peluang anda kongsi reviu kedai hipster

Durasi Facebook Reels dipanjang ke 90 saat, lebih peluang anda kongsi reviu kedai hipster

7 March 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tinggal puasa & belum bayar fidyah? Ini cara lunaskannya secara online mengikut negeri

Tinggal puasa & belum bayar fidyah? Ini cara lunaskannya secara online mengikut negeri

15 March 2023
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER