• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple umum enam negara baru terima fungsi Emergency SOS

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:34 pm
  • 08/03/2023
  • Komen
Apple umum enam negara baru terima fungsi Emergency SOS
Share on FacebookShare on Twitter

Fitur penyelamat Apple yang terdapat di iPhone 14 dan iPhone 14 Pro, “Emergency SOS via satellite” akan dikembangkan lagi ke enam buah negara pada hujung bulan Mac, tapi yang pasti bukan Malaysia. Ia adalah Austria, Belgium, Itali, Luxembourg, Belanda dan Portugal. 

“Emergency SOS via satellite” ini pertama kali dilancarkan di Amerika Syarikat dan Kanada. Kemudian, dikembangkan penggunaannya untuk penduduk di United Kingdom, Perancis, Jerman dan Ireland pada Disember 2022.



Ciri ini membolehkan mesej dihantar ke perkhidmatan kecemasan apabila peranti di luar capaian selular atau WiFi. Ini dapat bantu anda pada saat-saat genting jika anda berseorangan di tempat berbahaya. Hanya pastikan iPhone anda telah disambungkan ke satelit, kemudian capaian pada perkhidmatan kecemasan boleh dilakukan.

Semasa mencari signal satelit, iPhone akan memberi arahan bagaimana iPhone perlu diposisikan untuk sambung dan mengekalkan sambungan satelit. Jadi, anda perlu ikut sahaja apa yang dipaparkan di skrin.



Selain itu, sambungan satelit juga membolehkan lokasi semasa dikongsi kepada kenalan rapat dan keluarga menggunakan aplikasi Find My. Apple ada merungkaikan dengan lebih jelas bagaimana cara untuk menggunakan “Emergency SOS via satellite”

Selain Emergency SOS, ada juga ciri Crash Detection yang bersepadu dengan sambungan satelit.

Ciri ini telah banyak membantu orang dan mendapat pujian dari penyelamat kerana responnya yang cepat. Oleh itu, kita boleh jangkakan “Emergency SOS via satellite” akan diperluaskan lagi penggunaannya di negara lain kelak.

[Sumber: 9to5Mac]

Tags: appleapple iphoneemergency sosiphone 14iphone 14 pro
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Apple umum enam negara baru terima fungsi Emergency SOS

Apple umum enam negara baru terima fungsi Emergency SOS

8 March 2023
Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

16 November 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

18 November 2026
Huawei Nova 16s dan Nova 16s Pro bakal dilancar di Malaysia 19 November

Huawei Nova 16s dan Nova 16s Pro bakal dilancar di Malaysia 19 November

14 November 2026
Huawei MateBook Fold S: Laptop boleh lipat 14.7″ dengan paparan kedua di luar

Huawei MateBook Fold S: Laptop boleh lipat 14.7″ dengan paparan kedua di luar

16 November 2026
Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

19 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN