• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iOS 16.3.1 dilancarkan, nak baiki ciri Crash Detection lagi?

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:16 pm
  • 14/02/2023
  • Komen
iOS 16.3.1 dilancarkan, nak baiki ciri Crash Detection lagi?
Share on FacebookShare on Twitter

Pada hujung tahun lepas, Apple ada lancarkan iOS 16.1.2 untuk tambahbaik ciri Crash Detection. Tapi nampaknya ciri tersebut masih tidak berfungsi dengan baik selepas ia membanjiri pusat panggilan 911 dengan amaran palsu.

Kes terbaharu, pemain ski di Park City, Utah, tanpa sedar telah mencetuskan ciri Crash Detection semasa dia sedang bermain ski dan papan salji. Mereka tidak sedar semasa ciri itu berfungsi sebab mereka memakai berlapis pakaian. Pihak keselamatan 911 berkata, mereka semakin dibanjiri dengan panggilan kecemasan yang palsu dan automatik daripada peranti Apple yang dimiliki oleh pemain ski, walhal tiada kemalangan yang berlaku. Nampaknya ciri ini sangat menyusahkan pihak penyelamat.



Bukan itu sahaja, Crash Detection juga pernah memberi amaran palsu semasa pengguna berada dalam sesi roller coaster. Ini telah menyebabkan beberapa taman hiburan memasang papan tanda yang memberitahu peserta untuk meninggalkan iPhone mereka.

Namun, pada masa yang sama, Crash Detection ada juga bantu menyelamatkan nyawa pengguna iPhone 14 yang mengalami kemalangan kereta sebenar. Jadi di sini dapat dilihat ciri ini masih susah untuk membezakan sama ada situasi yang dihadapi pemakai adalan kemalangan kereta yang betul atau bukan.



Justeru, untuk menambaik baik lagi ciri Crash Detection, Apple telah keluaran kemaskini iOS 16.3.1. Pada halaman kemaskini di iPhone, ada dinyatakan kemaskini tersebut bertujuan untuk mengoptimumkan penggunaan Crash Detection pada model iPhone 14 dan iPhone 14 Pro.

Diharapkan agar kemaskini ini boleh bantu hentikan masalah amaran palsu Crash Detection pada pasukan penyelamat. Tapi anda jangan risau, dekat Malaysia belum ada lagi masalah berkaitan Crash Detection timbul. Tapi, jika anda risau perkara ini terjadi, maka lebih baik anda matikan fungsi Crash Detection pada iPhone. Caranya ialah, buka tetapan kemudian pilih Emergency SOS, seterusnya mastikan Call After Serious Crash.

[Sumber: 9TO5Mac]

Tags: appleiOSiOS 16iphone
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Hanya tablet yang boleh berhubung terus dengan telefon layak digelar tablet terbaik

Cara kerja moden lebih maju menggunakan tablet generasi baru

15 September 2023
Guna cara moden ini untuk dapatkan tidur berkualiti dan gaya hidup sihat

Guna cara moden ini untuk dapatkan tidur berkualiti dan gaya hidup sihat

15 September 2023
Xiaomi 13T, telefon termurah dengan kamera Leica & kalis air IP68

Xiaomi 13T Pro tiada lagi Snapdragon, telefon 1TB pertama Xiaomi dan dijamin kemaskini 5 tahun

26 September 2023
iOS 16.3.1 dilancarkan, nak baiki ciri Crash Detection lagi?

iOS 16.3.1 dilancarkan, nak baiki ciri Crash Detection lagi?

14 Februari 2023
Realme C51 akan dilancar, telefon RM500 dengan ciri terhebat iPhone 15?

Realme C51 akan dilancar, telefon RM500 dengan ciri terhebat iPhone 15?

26 September 2023
Xiaomi 13T, telefon termurah dengan kamera Leica & kalis air IP68

Xiaomi 13T & Xiaomi 13T Pro: Harga Malaysia kini lebih murah, ada storan 1TB dan jaminan 2 tahun

26 September 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER