• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nothing Phone 2 kantoi guna cip Snapdragon lama?

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:50 pm
  • 08/03/2023
  • Komen
Nothing Phone 1 dilancar di Malaysia, ambil tempahan awal di kedai jalanan Bukit Bintang
Share on FacebookShare on Twitter

Kita sudah sedia maklum yang Nothing bakal mengeluarkan telefon pintar keduanya iaitu Nothing Phone 2 yang dilengkapkan SoC Snapdragon siri 8. Perkara ini juga dikongsikan oleh pengasas bersama Nothing, Carl Pei dan CEO Qualcomm Cristiano R. Amon di MWC 2023 dengan memegang jersi bernombor 8, mungkin merujuk kepada penggunaan Snapdragon siri 8 di Nothing Phone seterusnya.

Tapi, persoalan penggunaan cip Snapdragon siri 8 pada Phone 2 mungkin sudah terjawab apabila Naib Presiden Kanan dan Pengurus Besar Qualcomm, Alex Katouzian meletak kapsyen ‘Nothing Phone 2 dengan Snapdragon 8+ Gen 1’, pada satu hantaran di LinkedIn bagi mengucapkan tahniah pada Carl dan pasukan Nothing berkenaan pelancaran Nothing Phone 2. Hantaran itu kemudiannya terus di ubah bagi membuang sebutan nama cip tersebut.



Kalau betul ia menggunakan Snapdragon 8+ Gen 1, ia bukanlah satu perkara yang mengejutkan kerana Phone 1 bukanlah telefon flagship dengan harga yang mampu tengok. Jadi, pilihan Snapdragon 8+ Gen 1 mungkin bantu untuk mengekalkan paras harga Phone 2 untuk lebih rendah, sama seperti Phone 1.

Walaubagaimanapun, penggunaan cip Snapdragon 8+ Gen 1 masih satu peningkatan yang besar berbanding Phone 1 yang menggunakan cip kelas pertengahan iaitu Snapdragon 778G+. Penggunaan cip flagship pada Phone 2 juga mungkin akan menarik minat pembeli yang mahukan telefon dengan reka bentuk unik, pada masa sama menawarkan prestasi yang baik pada harga yang lebih rendah berbanding telefon flagship lain di pasaran.



Adakah ini satu gimik oleh Qualcomm untuk menarik perhatian orang ramai kemudian mengejutkan mereka dengan penggunaan cip Snapdragon 8 Gen 2 pada Phone 2? atau memang satu kesilapan oleh Alex Katouzian? Hanya masa akan menentukan cip mana yang akan digunakan pada Phone 2 nanti.

[Sumber: Android Authority]

Tags: carl peiNothingnothing phonenothing phone 2Snapdragon 8 Gen 2snapdragon 8+ gen 1
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Nothing Phone 1 dilancar di Malaysia, ambil tempahan awal di kedai jalanan Bukit Bintang

Nothing Phone 2 kantoi guna cip Snapdragon lama?

8 March 2023
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

21 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN