• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

WhatsApp bakal tambah ciri penghapusan automatik chat group?

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:07 pm
  • 09/03/2023
  • Komen
WhatsApp bakal tambah ciri penghapusan automatik chat group?
Share on FacebookShare on Twitter

WhatsApp telah banyak mengeluarkan fitur-fitur penghapusan mesej sendiri bagi mengopitmumkan privasi dan pengalaman pengguna. Kini, WhatsApp sedang menguji ciri baru iaitu penghapusan Bilik Sembang Kumpulan (Chat Group).

Pertama kali dilihat di kemas kini WhatsApp beta (v2.23.5.71) oleh WABetaInfo, ciri ini di label dengan nama ’Expiring Groups’. Ia berfungsi dengan membolehkan pengguna set tarikh tamat tempoh pada chat group. Apabila sampai pada tarikh yang ditetapkan, chat group akan perlu dibersihkan oleh pengguna. 



Walaubagaimanapun, masih tidak jelas apa yang dimaksudkan dengan ‘pengguna perlu membersihkan chat group pada tarikh tamat tempoh’. Sesudah menetapkan tarikh tamat tempoh, chat group sepatutnya dihapuskan secara automatik. Melainkan, ianya adalah peringatan sahaja dan chat group perlu dibersihkan secara manual. Untuk mengesahkan bagaimana ciri ini berfungsi, nantikan pengumuman rasmi oleh Meta.

Selain itu, pengguna diberi tiga pilihan untuk memilih tarikh tamat tempoh, sama ada dalam sehari, dalam seminggu ataupun tarikh tersuai. Jika pengguna mengubah fikiran untuk tidak menghapuskan chat group, ada juga pilihan untuk menghilangkan tarikh tamat tempoh.



Penghapusan chat group ini akan memanfaatkan mereka yang memerlukan chat group jangka pendek. Buat masa sekarang, ciri ini sedang dibangungkan di IOS. Jadi, pengguna boleh jangkakan versi penuh ciri ini didatangkan di iPhone dulu, kemudian baru di Android.

[Sumber: Android Police]

Tags: iOSmetawhatsapp
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

WhatsApp bakal tambah ciri penghapusan automatik chat group?

WhatsApp bakal tambah ciri penghapusan automatik chat group?

9 March 2023
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

24 February 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN