• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

AirAsia bawa promosi terbang serendah RM23 sehala, tempah sekarang untuk melancong tahun hadapan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:56 pm
  • 13/03/2023
  • Komen
AirAsia bawa promosi terbang serendah RM23 sehala, tempah sekarang untuk melancong tahun hadapan
Share on FacebookShare on Twitter

AirAsia sekali lagi tawarkan Jualan Tempat Duduk Percuma dengan 10 juta tempat duduk ke pelbagai destinasi. Jualan ini nampaknya memberikan anda peluang untuk dapatkan kos penerbangan rendah bagi tahun 2024.

Untuk destinasi domestik, anda boleh terbang ke lokasi seperti Langkawi, Pulau Pinang, Johor Bahru dan banyak lagi bermula dengan harga RM23 sehala. Bagi destinasi Asean pula, seperti Jakarta, Bali, Bangkok, Ho Chi Minh dan lokasi lain, ia tersedia untuk tempahan bermula RM60 sehala.



Tempoh perjalanan adalah antara 4 September 2023 sehingga 13 Ogos 2024. Jualan ini bermula sekarang dan akan tamat pada Ahad, 19 Mac 2023. Untuk promosi ini, tambang yang dinyatakan adalah termasuk cukai lapangan terbang, caj MAVCOM, surcaj bahan api dan caj lain-lain.

Di bawah ini merupakan beberapa lokasi bersama tarikh dengan tempat duduk percuma yang saya jumpa. Walaupun AirAsia nyatakan harga untuk penerbangan domestik bermula dari RM23 sehala, tapi saya dapati ada penerbangan yang tersedia dengan harga lebih rendah iaitu RM22.60 sehala.



Bagi penerbangan ke desitinasi ASEAN pula, berikut merupakan beberapa lokasi bersama tarikh dengan tempat duduk percuma yang saya jumpa.

Selain itu, untuk penerbangan lebih jauh, anda boleh terokai Perth, Taipei dan Tokyo menggunakan AirAsia X sambil merebut tambang termasuk semua bermula RM329 sehala. Anda juga boleh nikmati tempat duduk Premium Flatbed ke destinasi-destinasi ini dan banyak lagi bermula RM1,299. Promosi ini juga sah bermula sekarang hingga 19 Mac 2023, tapi ia hanya untuk perjalanan antara 4 September 2023 sehingga 9 Julai 2024.

Selain itu, penerbangan AirAsia ke China yang baru sahaja disambung semula juga tersedia untuk jualan. Anda boleh terbang dari Kuala Lumpur ke Hangzhou, Shanghai, Beijing (Daxing), Guangzhou, Shenzhen dan Kunming dengan harga daripada RM599 sehala. Dari Kota Kinabalu ke Guangzhou dan Shenzhen daripada RM299 sehala dan dari Johor Bahru ke Guangzhou daripada RM469 sehala.

Jimat lebih dengan BigPay

Di samping itu, AirAsia telah bekerjasama dengan BigPay untuk tawarkan pengguna BigPay diskaun 5% untuk semua penerbangan AirAsia selama setahun. Anda cuma perlu gunakan kod promosi BIGPAY5 untuk dapatkan dsikaun ini.

Namun, promosi BigPay hanya untuk penerbangan terpilih bagi tempoh perjalanan antara 1 Mac 2023 hingga 31 Disember 2023. Ketahui lebih lanjut mengenai promosi BigPay di sini.

Tags: AirAsia
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
AirAsia bawa promosi terbang serendah RM23 sehala, tempah sekarang untuk melancong tahun hadapan

AirAsia bawa promosi terbang serendah RM23 sehala, tempah sekarang untuk melancong tahun hadapan

13 March 2023
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN