• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

ChatGPT boleh diaktifkan di Siri dengan cara ini

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:56 pm
  • 13/03/2023
  • Komen
ChatGPT boleh diaktifkan di Siri dengan cara ini
Share on FacebookShare on Twitter

Penggunaan ChatGPT dikembangkan lagi penggunaannya pada iPhone setelah ia boleh berinteraksi bersama pembantu iPhone iaitu Siri. Dengan adanya ciri ini, pengguna boleh terus sahaja aktifkan ChatGPT menggunakan suara, tanpa perlu membuka laman web Open AI.

ChatGPT akan menjawab segala persoalan anda, sebagaimana ia boleh menjawab pada laman webnya. Bagaimana penggunaan Siri boleh bersepadu dengan ChatGPT adalah dengan kunci API diletakkan pada aplikasi Shortcut. Oleh itu, penggunaan ChatGPT dari Siri boleh digunakan di peranti Apple seperti iPhone, iPad, dan Mac.



Cara untuk sediakannya juga mudah. Pertama, sudah tentu anda memerlukan akaun ChatGPT terdahulu. Boleh daftar secara percuma di laman web Open AI.

Kemudian, anda perlu mendapatkan kunci API pada akaun ChatGPT anda di sini. Untuk mendapatkannya, anda perlu membuat kunci baru, kemudian salin atau simpan kunci API tersebut.



Sesudah itu, anda perlu memuat turun shortcut ChatGPT pada iPhone. Boleh dilakukan melalui Github Yue Yang atau boleh terus memuat turun versi terbaru ChatGPT Siri 1.2 di link ini.

Link tersebut akan membuka aplikasi shortcut pada iPhone anda, kemudian anda boleh tekan Set Up Shortcut. Seterusnya, anda perlu isi kunci API yang telah di salin, pada ruang teks. Tekan Add Shortcut setelah selesai.

Dengan itu, anda telah boleh menggunakan ChatGPT menggunakan Siri dengan memanggil “Hey Siri, ChatGPT 1.2”. Agak susah untuk disebut nama yang diberi secara default. Tapi, anda boleh mengubahnya untuk panggilan yang lebih mudah. Saya sudah cuba, ia memerlukan beberapa kali percubaan untuk mengaktifkan Siri.

Ciri ini juga mampu merakam konteks dan bincangkan isu secara berterusan. Jika anda nak memulakan perbualan baru, kata ‘New chat’ apabila giliran anda bercakap. Siri akan memulakan perbualan baru dan perbualan sebelum ini akan dihilangkan. Untuk berhenti pula, hanya kata ‘Quit chat’. Kalau nak tutup Siri secara manual pun boleh.

[Sumber: BGR]

Tags: ChatgptiOSiphoneopenai
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

ChatGPT boleh diaktifkan di Siri dengan cara ini

ChatGPT boleh diaktifkan di Siri dengan cara ini

13 March 2023
Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

25 May 2026
Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

26 May 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Acer umum laptop Nitro 16 baharu dengan Ryzen 9, serta konsol penstriman Nitro Blaze Link

Acer umum laptop Nitro 16 baharu dengan Ryzen 9, serta konsol penstriman Nitro Blaze Link

31 May 2026
Honor Magic V6 Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan hadiah bernilai RM3,797

Honor Magic V6 Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan hadiah bernilai RM3,797

26 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN