• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

MYTV Mana-Mana, platform penstriman baru dan boleh ditonton secara percuma

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:01 pm
  • 15/03/2023
  • Komen
MYTV Mana-Mana, platform penstriman baru dan boleh ditonton secara percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Anda sedang mencari alternatif siaran TV tanpa perlu mengeluarkan kos memasang piring atau dekoder? Berita baik buat anda kerana syarikat pengendali TV digital, MYTV telah menyediakan platform penstriman mereka sendiri iaitu MYTV Mana-Mana.

Platform tersebut boleh di strim pada bila-bila masa dan di mana jua selagi ada sambungan internet. MYTV Mana-Mana boleh diakses melalui laman web MYTV Mana-Mana atau aplikasi MYTV Mana-Mana. Tapi buat masa sekarang, aplikasi hanya tersedia untuk pengguna Android dan boleh dimuat turun PlayStore sahaja.



Paling penting, tiada sebarang bayaran atau langganan diperlukan. Ia ditawarkan secara percuma dan pengguna tidak memerlukan akaun untuk mula menonton. Tapi, kalau nak buat akaun pun boleh. Oleh itu, pengguna boleh terus sahaja menonton saluran yang diingini, tapi penstriman akan hadir bersama iklan. Disebabkan ianya percuma, iklan tidak boleh dibuang kerana ia membantu Mana-Mana untuk menjana pendapatan demi menghasilkan konten yang lebih menarik pada masa akan datang.

Platform ini menawarkan empat pilihan siaran langsung iaitu Bernama TV, SUKE TV, TV Alhijrah dan TVS. Terdapat juga beberapa konten eksklusif seperti Sejarah Dari Sejadah, Mai Ngaji, Busy Bodies, Re-Think! dan banyak lagi konten-konten tempatan dan antarabangsa. Tidak cukup dengan itu, ditawarkan juga filem klasik tempatan seperti Hantu Siang, Ribut Barat, Minah Manja dan banyak lagi. Ini adalah hasil kerjsama MYTV dengan Siar.



Selain itu, tersedia juga pilihan saluran RTM seperti TV1, TV2, Sukan RTM dan TV OKEY. Tapi apabila saya cuba buka, ia tidak boleh dimainkan. Mungkin akan datang tak berapa lama lagi. Jadi, kalau nak menonton saluran RTM, boleh strim di RTMKlik.

Untuk siaran langsung, ia menyokong resolusi kualiti strim 480p, 720p dan 1080p. Di peranti Android, ia boleh dimainkan secara picture-in-picture. Jadi, anda boleh menonton sambil membuka aplikasi lain dalam masa yang sama.

[Sumber: Amanz / SoyaCincau]

Tags: androidbernama tvGoogle PlaystoreMana-ManamytvMYTV Mana-manaSuke TVtv alhijrahTVS
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

MYTV Mana-Mana, platform penstriman baru dan boleh ditonton secara percuma

MYTV Mana-Mana, platform penstriman baru dan boleh ditonton secara percuma

15 March 2023
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN