• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Facebook Page palsu kongsi tentang pelaburan, identiti ketua pegawai eksekutif Bursa Malaysia disalahguna

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:03 pm
  • 21/03/2023
  • Komen
Facebook Page palsu kongsi tentang pelaburan, identiti ketua pegawai eksekutif Bursa Malaysia disalahguna
Share on FacebookShare on Twitter

Bursa Malaysia Bhd telah kenal pasti beberapa Facebook Page yang telah menyalahgunakan identiti ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Muhamad Umar Swift. Sehubungan itu, Bursa menegaskan bahawa laman Facebook ini tidak mempunyai kaitan dengan Datuk Muhamad Umar mahupun Bursa. Langkah-langkah untuk membuang halaman itu juga telah diambil.

Berdasarkan tangkap layar yang dikongsikan di laman web Bursa Malaysia, dapat dilihat Facebook Page palsu ini cuba meyakinkan orang ramai dengan menggunakan nama dan gambar Datuk Muhamad Umar, serta meletakkan alamat Bursa Malaysia pada bahagian Intro-nya. Ada juga maklumat tentang pelaburan dikongsikan di Facebook Page itu. Mungkin ini adalah antara langkah scammer untuk perdaya mangsa.



Sumber

Bursa Malaysia menggesa orang ramai supaya hati-hati dan berwaspada terhadap penipuan pelaburan atau pancingan data. Ingat juga untuk sahkan terlebih dahulu, mana-mana pautan laman web ataupun tawaran untuk sertai mana-mana skim. Tapi secara logiknya, anda nak percaya ke itu adalah akaun rasmi beliau? Sebab, akaun tersebut kelihatan baru di buat dan pengikutnya juga sedikit. Perkara tersebut sebenarnya perlu dicurigai dan dilaporkan.

Jika anda jumpa Facebook Page mencurigakan yang guna identiti individu berpengaruh, pastikan anda bantu laporkan akaun tersebut pada Facebook supaya ia dapat di padam. Caranya ialah:



  1. Klik simbol 3 titik (…) pada Facebook Page itu
  2. Tekan Find support or report page
  3. Pada halaman berikutnya pilih Scams and Fake Pages
  4. Tekan pilihan yang sesuai seperti Fake Page atau Pretending to be Another Person
  5. Seterusnya tekan Done

Sekiranya anda rasa telah jadi mangsa scam, segera hubungi NSRC di 997 supaya wang anda boleh di dapatkan semula. Lihat penipuan terbaharu lain yang dikenal pasti Bursa di sini.

[Sumber: Malaymail]

Tags: FacebookSCAM
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Facebook Page palsu kongsi tentang pelaburan, identiti ketua pegawai eksekutif Bursa Malaysia disalahguna

Facebook Page palsu kongsi tentang pelaburan, identiti ketua pegawai eksekutif Bursa Malaysia disalahguna

21 March 2023
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN