• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo Find X6 Pro rasmi di China, bawakan kamera bersensor 1” berkuasa MariSilicon X

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:16 pm
  • 22/03/2023
  • Komen
Oppo Find X6 Pro rasmi di China, bawakan kamera bersensor 1” berkuasa MariSilicon X
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo telah melancarkan sekual kepada Oppo Find X5 Pro di China. Oppo Find X6 Pro membawakan rekaan yang sangat berbeza dengan generasi sebelum ini. Rekaan kali ini membawakan Eye of Muse seperti yang boleh anda temukan pada Honor Magic 5 Pro.

Bermula dengan bahagian muka, Oppo Find X6 Pro menampilkan panel AMOLED beresolusi 3165 × 1440. Ciri kadar segar semula boleh laras dikekalkan dengan kemampuannya berubah dalam julat antara 1 hingga 120Hz.



Salah satu ciri yang menonjol pada skrin ini adalah kecerahan yang mampu dicapainya. Berdasarkan spesifikasi teknikal, ia dilapor boleh pergi sehingga 2,500nits dalam keadaan tertentu. Sebagai perbandingan, iPhone 14 Pro Max memiliki bacaan 2,000nits manakala Samsung Galaxy Note 23 Ultra pada 1,750nits. Ia adalah satu angka yang mengagumkan.

Atas papan utama, Oppo Find X6 Pro dilengkapi komponen-komponen flagship 2023. Ia ada Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2, RAM sehingga 16GB, dan storan sehingga 512GB. Kombinasi RAM + Storan yang ditawarkan dalam pasaran China adalah 12GB + 256GB, 16GB + 256GB, dan 16GB + 512GB.



Di bahagian pengimejan, ada beberapa naik taraf menarik boleh anda perhatikan.

Kamera utamanya diperkasa sensor 1″ F1.8 dengan resolusi 50MP. Kemudia, kita juga ada kamera periskop 50MP dengan zum optikal 3x dan akhri sekali kamera ultralebar 0.6x juga ada sensor 50MP. Kamera telefoto 32MP daripada Oppo Find X5 Pro masih dikekalkan.

Selain sensor besar, satu lagi ciri baharu adalah zum digitalnya boleh pergi sehinggga 120x. Terjauh setakat ini dalam telefon pintar. Namun saya rasakan kualitinya boleh dipersoal.

Keupayaan pengimejan telefon ini turut dipacu oleh MariSilicon X seperti Oppo Find X5 Pro.

Oppo Find X6 Pro ada tangki bateri 5,000mAh. Ia ada sistem pengecasan pantas 100W, satu naik taraf daripada 80W sebelum ini. Untuk pengecasan wayarles, ia menyokong pengecas 50W.

Berikut adalah harga jualan Oppo Find X6 Pro di China:

  • RAM 12GB + 256GB – RMB5,999 (RM3,893)
  • RAM 16GB + 256GB – RMB6,499 (RM4,217)
  • RAM 16GB + 512GB – RMB6,999 (RM4,542)

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: androidoppooppo findOPPO Find Xoppo find x6 pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Oppo Find X6 Pro rasmi di China, bawakan kamera bersensor 1” berkuasa MariSilicon X

Oppo Find X6 Pro rasmi di China, bawakan kamera bersensor 1” berkuasa MariSilicon X

22 March 2023
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

Acer Aspire Go 15 jawapan kepada MacBook Neo? Ini penjelasan Acer

9 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN