• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Pengangkutan Automotif

BMW XM dilancar untuk pasaran Malaysia pada harga setara 20 Perodua Ativa

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:06 pm
  • 23/03/2023
  • Komen
BMW XM dilancar untuk pasaran Malaysia pada harga setara 20 Perodua Ativa
Share on FacebookShare on Twitter

BMW Malaysia mengumumkan sebuah SUV mewah berprestasi tinggi untuk pasaran kita iaitu BMW XM. Bukan setakat berprestasi tinggi, ia BMW paling berkuasa, paling mahal, dan kereta hibrid BMW pertama ada cap M.

Spesifikasi BMW XM di Malaysia

Satu lagi perkara yang “paling” adalah inilah SUV BMW terpaling berat iaitu lebih 2.7 tan. Hampir pasti yang sekurang-kurangnya 0.5tan itu disumbang oleh sistem hibridnya.



Ia ada sistem motor elektrik yang menghamburkan 197hp dengan tork 280Nm. Motor ini digerakkan oleh sistem bateri 25.7kWh. Satu-satunya komponen yang BMW tidak tekankan adalah sistem pengecas bateri ini. Ia cuma menyokong kuasa 7.4kW sahaja. Nak cas penuh bateri ini tentu sekali ambil sekurang-kurangya 3.5 jam, itupun kalau pengecas bekalkan kuasa malar pada 7.4kW.

Inilah salah satu kereta yang akan menyemak di stesen-stesen pengecas EV kelak. Lagi komponen yang akan gerakkan roda 23” BMW XM ini adalah enjin V8 berkapasiti 4L yang menjana 489hp dan tork setinggi 650Nm.



Gandingan kedua-duanya menjadikan BMW XM memiliki janakuasa 653hp dengan tork setinggi 800Nm. Untuk perspektif, raja turbo jalan Malaysia masa ini, Perodua Ativa mempunyai angka 98hp dan 120Nm.

Sebagai pengangkut mewah 5 tempat duduk berkelas SUV, semua dimensi-dimensi kenderaan ini adalah luar biasa besar. Jarak antara tayarnya adalah lebih 3.1 meter dan untuk perbandingan, MPV viral masa ini Kia Grand Carnival memiliki ukuran skitar itu dan ia mengangkut 7 orang.

Bila masuki ke ruangan kabin, semua permukaan-permukaannya menggunakan materi super premium daripada campuran kulit dan serat karbon. Di ruang pemandu, ada skrin inforia yang besar. Betul-betul di hadapan pemandu ada skrin digital 12.3” dan disebelahnya ada skrin peka sentuhan 14.9”.

Kereta ini diperkasa sistem operasi BMW iDrive 8.0 dan ia menyokong teknologi eSIM untuk ketersambungan kepada Internet. Antara ciri-ciri pemudah yang ada pada kereta ini adalah seperti kunci kereta digital iaitu yang gunakan telefon pintar sahaja untuk hidupkan kereta. Kemudian ada juga ciri Android Auto dan Apple Car Play secara wayarles.

Salah satu fungsi yang dirasakan bakal jadi fungsi ruji kepada pemilik BMW XM ini adalah Driving Assistant Professional. Ia seperti Adapted Cruise Control tapi ia benarkan pemandu untuk lepaskan tangan daripada stereng.

Harga BMW XM di Malaysia

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan sebuah BMW XM, harga jualannya adalah RM1,398,800. Lagi untuk perspektif, anda boleh dapatkan sebanyak 20 unit Perodua Ativa warna Metallic istimewa. Tentu sekali golongan yang dapatkan BMW XM ini tidaklah memikirkan soal harga sebaliknya lebih kepada prestij, keselesaan, dan kuasa.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: BMWbmw xm
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

BMW XM dilancar untuk pasaran Malaysia pada harga setara 20 Perodua Ativa

BMW XM dilancar untuk pasaran Malaysia pada harga setara 20 Perodua Ativa

23 March 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER