• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Instagram tambah iklan di ruang carian, mungkin ini akan serabutkan hasil carian anda

  • OLEH Fatin Amanina
  • 3:43 pm
  • 23/03/2023
  • Komen
Instagram tambah iklan di ruang carian, mungkin ini akan serabutkan hasil carian anda
Share on FacebookShare on Twitter

Meta perkenalkan dua alat baru di Instagram yang direka khas untuk pengiklan. Perkara ini saya lihat boleh bantu pengiklan dapat lebih banyak tontonan pada iklan mereka dan berpeluang menerima pelanggan baru.

Pertama, diumumkan bahawa mereka akan mula uji iklan dalam hasil carian untuk menjangkau orang yang aktif mencari perniagaan, produk dan kandungan di situ. Contohnya, jika anda taip Skin Care diruang carian, anda akan nampak iklan berkaitan dengan produk kecantikan dipaparkan di situ.



Iklan ini akan muncul bersama dengan hasil carian yang lain, jadi ia akan nampak hampir sama seperti perkongsian biasa. Yang membezakannya ialah ada perkataan Sponsored di bawah nama akaun dan perkataan Learn more di bawah gambar.

Selepas fasa ujian awal, Meta rancang untuk lancarkan iklan dalam hasil carian secara global dalam beberapa bulan kemudian. Kebiasaannya, saya hanya nampak iklan dalam Instagram di Stories dan feed sahaja. Dengan adanya kemampuan ini mungkin orang ramai boleh cari barangan yang ingin di beli pada bahagian carian.



Kedua, Instagram lancarkan ciri Reminder Ads yang direka untuk memudahkan peniaga umum dan ingatkan orang ramai tentang acara atau pelancaran majlis pada tarikh tertentu. Pengguna yang berminat dengan acara tersebut boleh pilih untuk menerima peringatan daripada Instagram dengan tekan pada bahagian Remind me.

Individu yang pilih untuk diingatkan mengenai acara tersebut akan mendapat peringatan sebanyak 3 kali iaitu sehari sebelum acara bermula, 15 minit sebelum acara berlangsung dan semasa acara itu sedang diadakan. Reminder Ads dilancarkan kepada semua pengiklan dan ia boleh digunakan pada bahagian feed.

Alat kedua ini sangat sesuai digunakan dalam kalangan peniaga semasa ingin lancarkan produk baru. Jadi, mereka bolehlah kumpul ramai penonton lebih awal sebelum acara itu dimulakan.

[Sumber: Techcrunch]

Tags: instagram
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Instagram tambah iklan di ruang carian, mungkin ini akan serabutkan hasil carian anda

Instagram tambah iklan di ruang carian, mungkin ini akan serabutkan hasil carian anda

23 March 2023
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER