• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Synology BC500 & TC500 ada teknologi AI perkasa sistem kamera keselamatan anda

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:31 pm
  • 23/03/2023
  • Komen
Synology BC500 & TC500 ada teknologi AI perkasa sistem kamera keselamatan anda
Share on FacebookShare on Twitter

Synology telah melancarkan dua model kamera berasaskan IP yang sesuai untuk jadi pemantau persekitaran dalam dan juga persekitaran luar. Synology BC500 dan TC500 hadir masing-masing dalam rupa Bullet dan Turret. Selain daripada rupa, spesifikasi antara kedua-dua model adalah sama.

Kedua-dua BC500 dan TC500 menggunakan sensor kamera 1/2.7” beresolusi 5MP. Ia merakam pada 2880×1620@30 menerusi lensa bersudut pandang luas. Rakaman waktu malam bukanlah cabaran kepada mereka kerana ada LED inframerah yang bolehkan ia melihat di dalam gelap.



Seandainya  anda pengguna produk NAS daripada Synology, kamera ini boleh mengguna pakai storan NAS untuk menyimpan video. Sekiranya tiada, satu slot kad SD disediakan. Slot itu menampung kad sehingga 128GB dan memerlukan kira-kira 3 hari untuk dipenuhkan sekiranya rakaman secara terus menerus dilakukan.

Menyambungkan terus kamera kepada NAS Synology membolehkan potensi penuh BC500 dan BT500 dinikmati. Contohnya, sistem pemantauan bervideo diperkasa AI bolehkan anda kesan objek termasuklah manusia secara pantas tanpa perlu menyemak video satu-demi-satu.



Sebagai kamera berasaskan IP, ia boleh beroperasi menggunakan protokol Power over Ethernet. Hanya satu kabel LAN diperlukan untuk membekalkan kuasa dan menjadi penyambung kamera ini kepada pelayan. Untuk alternatif, ia boleh digerakkan menggunakan bekalan kuasa 12V berasingan.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: synologysynology bc500synology bt500
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Synology BC500 & TC500 ada teknologi AI perkasa sistem kamera keselamatan anda

Synology BC500 & TC500 ada teknologi AI perkasa sistem kamera keselamatan anda

23 March 2023
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN