• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi Smart Cooking Robot, tukang masak lebih murah & sama hebat dengan Thermomix

  • OLEH Najib
  • 11:23 am
  • 23/03/2023
  • Komen
Xiaomi Smart Cooking Robot, tukang masak lebih murah & sama hebat dengan Thermomix
Share on FacebookShare on Twitter

Anda pernah dengar tentang tukang masak robot, Thermomix? Jika anda mengimpikan untuk memilikinya tetapi terhalang dek harganya yang agak mahal, anda kini ada pilihan lain kerana Xiaomi Malaysia telah membawa produk yang serupa untuk pasaran tempatan. Dipanggil sebagai Xiaomi Smart Cooking Robot.

Menurut Xiaomi, robot tukang masak mereka ini boleh mula dibeli di Malaysia sekarang. Ia tersedia di kedai fizikal Xiaomi Store, pengedar sah Xiaomi, serta di Stor Xiaomi di Lazada dan Shopee.



Harga jualan rasmi Xiaomi Smart Cooking Robot adalah RM4,599. Walaupun mahal, ia hampir separuh lebih murah daripada Thermomix TM6 iaitu RM7,488.

Kehebatan Xiaomi Smart Cooking Robot diserlahkan menerusi keupayaan melakukan 35 fungsi dalam 1 mesin. Ia turut terbina bersama 200 resepi cef dari seluruh dunia. Kawalan dan pemantauan boleh dilihat dengan jelas di skrin sentuh berukuran 8-inci di tepi.



Untuk menjadi tukang masak yang jebat, Xiaomi Smart Cooking Robot dilengkapi motor suis berkuasa tinggi, dengan putaran bekelajuan antara 40rpm sehingga 12,000rpm. Ini membolehkan ia beraksi untuk menggoreng, menumis, menumbuk dan banyak lagi.

Seperti biasa, kecerdasan pintar yang terdapat padanya membolehkan ia memasak secara tepat dan automatik, termasuk menentukan tahap suhu, jangka masa serta kelajuan memasak setiap lauk. Malah, keupayaannya sentiasa boleh dinaik taraf secara atas talian.

Dilengkapi teknologi pemanasan aruhan 3D, robot ini boleh memasak dengan lebih menyeluruh tanpa berasap. Mangkuk utama diperbuat daripada keluli tahan karat 3 lapisan, supaya lebih tahan lasak dan cekap mengalirkan haba. Tapaknya melengkung dan lebar untuk melancarkan gorengan dan penyebaran haba.

Xiaomi turut memberi banyak aksesori pelbagai guna untuk menjadikan proses memasak lebih kreatif. Seperti bekas wap, dulang cecair, cawan penyukat, bakul jaring dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Xiaomi Smart Cooking Robot.

Tags: xiaomiXiaomi Smart Cooking Robot
Najib

Najib

POPULAR

Xiaomi Smart Cooking Robot, tukang masak lebih murah & sama hebat dengan Thermomix

Xiaomi Smart Cooking Robot, tukang masak lebih murah & sama hebat dengan Thermomix

23 March 2023
Realme P4 Power 5G dilancar dengan bateri gergasi 10,001mAh, kini boleh dibeli pada RM1,599

Realme P4 Power 5G dilancar dengan bateri gergasi 10,001mAh, kini boleh dibeli pada RM1,599

5 June 2026
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN