• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Roborock siri S8 tiba di Malaysia, lengkap dengan pengering mop dan pembuang sampah automatik

  • OLEH Najib
  • 5:17 pm
  • 24/03/2023
  • Komen
Roborock siri S8 tiba di Malaysia, lengkap dengan pengering mop dan pembuang sampah automatik
Share on FacebookShare on Twitter

Roborock, pakar penghasil robot pembersih di rumah kini mengumumkan barisan baru untuk robot vakum mereka, Roborock siri S8. Terdapat tiga model diperkenal, menyediakan kelengkapan tambahan yang berbeza mengikut keperluan dan bajet pengguna.

Pertama kali melancarkan produk di Malaysia pada tahun 2019, Roborock kini membawakan tiga model terbaru iaitu Roborock S8, Roborock S8+ dan Roborock S8 Pro Ultra. Macam nama untuk telefon pintar.



Ketiga-tiga model ini menampilkan robot vakum yang serupa. Antara fungsi baru yang diperkenal pada siri S8 kali ini adalah dua berus penyapu getah, berbanding satu berus pada model terdahulu. Ini meningkatkan keupayaan memerangkap sampah, termasuk bulu-bulu haiwan peliharaan.

Kuasa menyedut dipertingkat, kini sehingga 6,000Pa (69W). Bateri di dalamnya berkapasiti 5,200mAh, mampu beroperasi sehingga 180 minit dalam mod senyap.



Robot vakum ini juga mampu mengemop lantai menggunakan cecair. Dengan sistem Mopping VibraRise 2.0, ia bergetar sehingga 3,000 kali seminit untuk menghilangkan kotoran.

Model Roborock S8+ hadir dengan tambahan dok yang mampu mengosongkan tangki sampah di dalam vakum. Jadi robot vakum boleh bekerja tanpa henti kerana mampu mengosongkan tangki sampah dan menyambung tugasan membersih.

Di Roborock S8 Pro Ultra pula, dok pengecasnya yang sangat besar boleh mengosongkan tangki sampah, malah mampu mengisi semula tangki air. Lebih menarik lagi, ia boleh mencuci kain mop di robot vakum secara automatik, serta mengeringkan untuk meyambung tugas mengemop.

Harga Roborock siri S8

Robot vakum Roborock siri-S8 yang sangat canggih ini telah mula dijual di Malaysia sekarang. Harga rasminya di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Roborock S8 – RM2,699
  • Roborock S8+ – RM3,999
  • Roborock S8 Pro Ultra – RM5,599

Ia boleh didapati di cawangan kedai AiHome di IOI City Mall, One Utama, Mid Valley Megamall, Setapak Centrall Mall dan Sunway Velocity. Ia juga dijual di kedai iGadgets Pavilion Bukit Jalil, serta di Stor Rasmi Roborock di Lazada dan Shopee.

Untuk mengenali dengan lebih lanjut, layari laman produk Roborock S8 dan Facebook Roborock Malaysia.

Tags: RoborockRoborock S8Roborock S8 PlusRoborock S8 Pro Ultra
Najib

Najib

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Roborock siri S8 tiba di Malaysia, lengkap dengan pengering mop dan pembuang sampah automatik

Roborock siri S8 tiba di Malaysia, lengkap dengan pengering mop dan pembuang sampah automatik

24 March 2023
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN