• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Garmin Vivomove Trend, jam pintar rekaan anggun yang mampu berikan bacaan kadar jantung

  • OLEH Fatin Amanina
  • 6:33 pm
  • 27/03/2023
  • Komen
Garmin Vivomove Trend, jam pintar rekaan anggun yang mampu berikan bacaan kadar jantung
Share on FacebookShare on Twitter

Garmin Malaysia perkenalkan jam pintar terbaharu dengan rekaan yang sangat anggun iaitu Vivomove Trend. Ia disertakan pelbagai ciri pintar seperti penjejak tekanan sepanjang hari, skor tidur dan banyak lagi.

Spesifikasi Vivomove Trend

Vivomove Trend miliki paparan jenis Hidden Greyscale Liquid Crystal, berukuran 1.01″ x 0.74″. Hayat baterinya boleh bertahan sehingga 5 hari dalam mod jam tangan pintar. Ia boleh dicaj menggunakan kemudahan pengecasan tanpa wayar dan pad pengecas yang diperakui Qi. Jam ini juga ada penarafan kalis air 5 ATM.



Melalui Vivomove Trend, anda boleh akses sebanyak 14 aplikasi sukan dan pelbagai ciri kesihatan berguna. Antaranya Body Battery untuk lihat tahap tenaga sepanjang hari, bacaan kadar jantung, pemantauan dan skor tidur, Pulse Ox, penjejak tekanan dan penjejak kesihatan wanita.

Jam tangan ini tiada GPS terbina di dalam, tetapi boleh disambungkan dengan GPS telefon pintar yang serasi untuk menjejak jarak dan kelajuan dengan tepat semasa berjalan-jalan di luar, berlari dan berbasikal.



Rekaan dan warna

Vivomove Trend ada jarum jam tangan yang berfungsi, serta paparan yang boleh digunakan apabila perlu. Untuk melihat statistik kesihatan, pemberitahuan pintar dan pelbagai ciri lain, pengguna hanya perlu sentuh skrin pada paparan jam.

Ia tersedia dalam beberapa warna yang bergaya, termasuklah Deep Black, White Cream, French Grey dan Mist Gray. Vivomove Trend diserlahkan lagi dengan bezel keluli tahan karat, kaca berkubah dan tali jam silikon.

Ciri pintar penting untuk pengguna

Dengan Vivomove Trend anda boleh terima mesej, kemas kini media sosial, e-mel dan banyak lagi apabila jam tangan digandingkan dengan telefon pintar Apple atau Android. Malah, pengguna dengan telefon pintar Android boleh balas teks dengan balasan pantas (quick-reply) terus dari jam tangan. Lokasi langsung juga boleh dihantar kepada kenalan yang dipilih.

Dengan menggunakan Vivomove Trend, anda boleh lihat maklumat kesihatan dan kecergasan, berhubung serta bersaing dengan rakan, mendaftar untuk cabaran dan banyak lagi secara percuma melalui aplikasi Garmin Connect.

Harga dan lokasi pembelian

Anda boleh dapatkan Vivomove Trend sekarang dengan harga RM1,380. Ia boleh dibeli di Shopee, Lazada, kedai elektronik AECO, kedai jenama Garmin dan peruncit sah.

Tags: garminvivomove Trend
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

AEON Bank anjur Pertandingan Seni Digital AI untuk pelajar sekolah sempena Merdeka

AEON Bank anjur Pertandingan Seni Digital AI untuk pelajar sekolah sempena Merdeka

12 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

17 September 2025
Garmin Vivomove Trend, jam pintar rekaan anggun yang mampu berikan bacaan kadar jantung

Garmin Vivomove Trend, jam pintar rekaan anggun yang mampu berikan bacaan kadar jantung

27 March 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER