• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Spesifikasi Redmi Note 12 Turbo didedah, ada RAM 16GB dan storan 1TB!

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:26 pm
  • 27/03/2023
  • Komen
Spesifikasi Redmi Note 12 Turbo didedah, ada RAM 16GB dan storan 1TB!
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi baru-baru ini telah melancarkan siri Redmi Note 12 iaitu Redmi Note 12, Redmi Note 12 5G, Redmi Note 12 Pro 5G dan Redmi Note 12 Pro+ 5G bagi pasaran Eropah. Kini, Xiaomi mendedahkan model terbaru yang akan dilancarkan dalam siri Note 12 iaitu Redmi Note 12 Turbo. Ia dijadualkan dilancar pada 28 Mac jam 7 malam di China.

Menjelang pelancaran Redmi Note 12 Turbo, telah banyak butiran reka bentuk dan spesifikasi boleh dilihat dalam talian setelah ia didedahkan di akaun Weibo Redmi. Redmi Note 12 Turbo akan dilengkapkan paparan HD Penuh 6.67 inci, dengan kadar segar semula 120Hz, serta menyokong warna 12-bit dan HDR10+. Ia mempunyai ‘PWM Dimming’ setinggi 1920Hz dan Cahaya Biru Rendah diiktiraf SGS. Paparannya mempunyai bezel senipis 1.95mm di atas, 2.2mm di dagu dan 1.42mm di tepi, menjadikan nisbah badan ke paparan 93.45%. Oleh itu, ia membuatkan badan telefon ini hanya 7.9mm tebal dan berat 181g.



Di dalamnya, Redmi Note 12 Turbo dijangka akan diperkasa cip kelas pertengahan terbaru Qualcomm iaitu Snapdragon 7+ Gen 2. Jika betul, ia menjadikan Note 12 Turbo antara yang terawal menggunakan cip ini. Bersama itu, didatangkan juga RAM sehingga 16GB LPDDR5 dan storan seluas 1TB UFS3.1. Ia adalah konfigurasi terbesar yang terdapat pada siri Note 12, dengan yang lain mempunyai konfigurasi maksimum RAM 8GB dan storan 256GB sahaja.

Untuk tenaga, ia dibekalkan bateri bersaiz 5,000mAh dengan pengecasan 67W. Ia adalah bateri yang sama didapati pada siri Note 12 lain dengan kesemuanya berkapasiti 5,000mAh. Pengecasan 67W yang sama juga terdapat di Redmi Note 12 Pro 5G. Namun, ia tidak mampu melawan pengecasan pantas Note 12 Pro+ 5G, yang mampu mengecas sehingga 120W.



Selain itu, Note 12 Turbo berkemungkinan akan menggunakan tetapan tiga kamera dengan kamera utama 64MP bersama OIS, kamera ultralebar 8MP dan kamera makro 2MP. Berbanding Note 12 Pro+ 5G, ia mempunyai kamera utama jauh lebih besar pada 200MP.

Lain-lain ciri yang mungkin terdapat di Note 12 Turbo termasuk sistem bunyi stereo, teknologi Dolby Atmos, sokongan audio Hi-Res, jek 3.5mm, NFC dan pemancar inframerah. Ia akan didatangkan dengan Android 13 dan sistem operasi MIUI 14.

[Sumber: GSMArena]

Tags: Redmiredmi note 12 turboxiaomi
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Spesifikasi Redmi Note 12 Turbo didedah, ada RAM 16GB dan storan 1TB!

Spesifikasi Redmi Note 12 Turbo didedah, ada RAM 16GB dan storan 1TB!

27 March 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER