• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Nak beli barang runcit dengan harga terendah? Guna APP KitaJaga untuk bandingkan harga

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:16 pm
  • 28/03/2023
  • Komen
Nak beli barang runcit dengan harga terendah? Guna APP KitaJaga untuk bandingkan harga
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini, aplikasi KitaJaga dikenali ramai sebagai platform untuk mohon dan dapatkan bantuan banjir. Menariknya kini, ia didatangkan dengan satu ciri baru yang boleh dimanfaatkan pengguna lebih-lebih lagi bagi individu yang mahu membeli barang dapur dengan harga terendah.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata aplikasi KitaJaga membolehkan pengguna semak harga barangan runcit di mana sahaja mereka berada. Menurutnya, inisiatif ini adalah usaha kerjasama antara kementeriannya dan KitaJaga.



Tambah beliau, kementerian akan bermula dengan kategori barangan runcit memandangkan kebanyakan kenaikan harga tertumpu kepada kategori itu dan ia akan dikembangkan kepada kategori lain. Untuk ciri ini, KitaJaga peroleh data melalui sumber OpenDOSM yang dilancarkan bulan lepas.

Anda boleh buka aplikasi KitaJaga untuk mencuba ciri baru ini. Pada halaman utama, anda boleh lihat ada tab Cek Harga disediakan. Anda boleh lihat perbandingan harga barang runcit, melalui tab itu.



Semua harga yang dipaparkan sentiasa dikemas kini supaya anda dapat akses maklumat yang terkini. Ada pelbagai jenis barangan runcit anda boleh bandingkan harganya. Antaranya ayam, ikan, daging, bahan perasa, gula, telur, makanan laut dan banyak lagi.

Apabila harga dipaparkan, anda boleh klik pada harga yang paling rendah untuk tahu lokasi barang runcit itu dijual. Tapi kedai yang dipaparkan itu tidak semestinya jual barangan runcit lain dengan harga paling rendah juga. Jadi bagi saya, ciri ini sesuai digunakan untuk peniaga makanan yang mahu beli satu barang runcit secara banyak. Contohnya, peniaga Char Kuetiau boleh periksa harga kuetiau di aplikasi KitaJaga, kemudian belinya secara banyak dilokasi tertentu yang menyediakan harga paling murah.

Dengan ciri ini, anda mempunyai kuasa untuk bandingkan harga dan cari kedai lain jika sesuatu barang itu dijual dengan harga mahal. Anda boleh muat turun aplikasi KitaJaga di App Store atau Play Store.

Selain KitaJaga, anda boleh juga cari barang runcit termurah berdasarkan lokasi melalui aplikasi PriceCather yang dibangunkan oleh KPDNHEP Malaysia. KitaJaga menggunakan data terbuka dari APP tersebut. Beza antara kedua aplikasi ini adalah pada antaramuka. Jadi, anda boleh tengok mana satu yang lebih senang untuk digunakan.

[Sumber: MalayMail, KitaJaga]

Tags: Kita Jaga
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Nak beli barang runcit dengan harga terendah? Guna APP KitaJaga untuk bandingkan harga

Nak beli barang runcit dengan harga terendah? Guna APP KitaJaga untuk bandingkan harga

28 March 2023
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN