• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jaguar I-Pace: SUV EV baharu Malaysia berpacuan semua roda 400PS & berharga hampir RM500k

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:59 pm
  • 28/03/2023
  • Komen
Jaguar I-Pace: SUV EV baharu Malaysia berpacuan semua roda 400PS & berharga hampir RM500k
Share on FacebookShare on Twitter

Jaguar I-Pace sudahpun berada dalam pasaran global sejak 2018 selepas teasernya dipertonton di Los Angeles Motor Show dalam tahun 2016 dan sekali lagi di London pada tahun 2017. Tahun 2023 adalah tahun apabila kereta ini menembusi pasaran Malaysia secara rasminya.

Untuk makluman anda, Jaguar I-Pace dipasang di luar secara keseluruhannya. Kilangnya berada di Graz, Austria dan dipasang oleh Magna Steyr.



Jaguar I-Pace adalah SUV EV pacuan semua roda. Ada sepasang motor elektrik dipasang di setiap gandar kenderaan ini. Gabungan sistem motor ini membuahkan kuasa setinggi 400PS dan daya kilas setinggi 696Nm. Ia mampu membawa kereta ini memecut daripada 0 hingga 100km/jdalam masa 4.8 saat. Kelajuan maksimum kereta ini dihadkan secara elektronik pada 200km/j.

Sistem bateri yang membekalkan tenaga kepada Jaguar I-Pace mengandungi 90kWh. Dengan satu bateri penuh, ia dikatakan boleh membawa kenderaan ini sejauh 470km berdasarkan pengiraan WLTP. Namun, anda boleh jangkakan jarak kembara dunia sebenar yang lebih pendek berdasarkan pola pemanduan seseorang.



Jaguar I-Pace menyokong kedua-dua input AC dan DC. Untuk AC, input yang mampu ditanggungnya adalah 11W dan untuk mengisi penuh baterinya mengambil masa sekitar 8.6 jam. Untuk pengecasan lebih pantas, pengecas DC berkuasa 100kW boleh mengisi daripada 0 kepada 80% dalam masa 40 minit.

Di bahagian kabin, pemandu dan penumpang akan menemui skrin inforia sebesar 10” yang ada fungsi Apple CarPlay dan Android Auto. Menggalas tugas audio pada kereta ini adalah sistem audio Meridian 3D.

Antara ciri bantu pandu yang ada pada Jaguar I-Pace adalah seperti adaptive cruise control, lane departure warning, lane keep assist, traffic sign recognition, rearview camera, front & rear parking sensor, dan blind-spot monitoring.

Antara ciri keselamatan yang hadir adalah seperti automatic emergency braking, forward collision warning, pedestrian detection, dan driver condition monitor.

Jaguar I-Pace ditawarkan dalam pasaran Malaysia dalam dua varian iaitu Black LE dan HSE. Varian paling tinggi adalah HSE dan ia ada kelebihan seperti:

  • rim yang lebih premium
  • sistem pengampai berasaskan angin yang dikawal elektronik
  • pencahayaan kabin yang lebih baik
  • kemasan pada permukaan kabin
  • sistem audio Meridian 3D
  • Kerusi pemandu dengan ciri memori

Varian Black LE masih kekalkan ciri-ciri prestasi seperti Black dengan beberapa kelainan seperti:

  • rim 20” biasa
  • sistem pengampai berasaskan spring
  • sistem audio biasa
  • Tiada kerusi pemandu dengan ciri memori.

Jaguar I-Pace Black LE boleh anda dapatkan pada harga RM460,800 manakala Jaguar I-Pace HSE pada harga RM498,800.

Setiap daripada kereta ini dilindungi jaminan selama 5 tahun ataupun 150,000km (yang mana sampai dulu), dan 3 tahun servis bantuan tepi jalan. Khidmat selenggara percuma juga ditawarkan selama 5 tahun ataupun 102,000km manakala beteri ion litium dilindungi jaminan berasingan iaitu sehingga 8 tahun ataupun 160,000km (yang mana sampau dulu).

Lagi promosi yang sedang berjalan adalah pemilik awal Jaguar I-Pace di Malaysia akan terima kredit bernilai RM1,000 untuk aplikasi pengecasan DC GOToU dan romo akan berlangsung sehingga 28 Mei 2023.

Tags: automotifEVjaguarjaguar ipace
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Jaguar I-Pace: SUV EV baharu Malaysia berpacuan semua roda 400PS & berharga hampir RM500k

Jaguar I-Pace: SUV EV baharu Malaysia berpacuan semua roda 400PS & berharga hampir RM500k

28 March 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER