• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Infinix Malaysia akan lancar Hot 30 pada pertengahan April?

  • OLEH Najib
  • 2:36 pm
  • 29/03/2023
  • Komen
Infinix Malaysia akan lancar Hot 30 pada pertengahan April?
Share on FacebookShare on Twitter

Rakyat Malaysia memiliki banyak pilihan telefon pintar jika mahu telefon baru untuk Hari Raya. Banyak model baru dilancar pada bulan Mac dan beberapa majlis pelancaran telah diatur untuk bulan April.

Salah satu pelancaran yang akan datang pada bulan April adalah daripada jenama peranti mampu milik, Infinix. Menerusi video yang dimuat naik di Facebook Infinix Malaysia, Ia menyebut tentang Hot 30 dan tarikh 14 April 2023. Pastinya ini merujuk kepada tarikah pelancaran Infinix Hot 30.



Tambah menarik apabila Inifinix menyatakan, peranti baru mereka akan tampil dengan kerjasama permainan mudah alih popular, FreeFire. Peminat dan pemain FreeFire harus menantikan ketibaan Infinix Hot 30 ini.

Setakat ini, masih tiada sebarang maklumat terdapat mengenai Infinix Hot 30. Tetapi ia pastinya lebih baik daripada Infinix Hot 20 yang dilancar tahun lepas, pada harga RM599.



Hot 20 memiliki kuasa Mediatek Helio G85, RAM 6GB dan storan 128GB. Skrinnya jenis LCD, seluas 6.82-inci HD 90Hz. Kamera utamanya 50MP dan kamera hadapan 8MP. Bateri pula 5,000mAh dan boleh mengecas pantas 18W USB-C. Paling menarik, ia ada fungsi NFC dan ini menjadikannya telefon dengan NFC paling murah di pasaran.

Apakah naik taraf yang akan ada di Hot 30? Nantikan laporan lanjut daripada kami tidak lama lagi.

[Sumber: Infinix]

Bacaan Berkaitan

  • Infinix Hot 20 dan Hot 20i: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • [REVIU] Infinix Hot 20: Skrin besar, bateri besar, harga bawah RM600, dan boleh tambah nilai kad TNG!
  • 5 telefon terbaik bawah RM600 di Malaysia tahun 2022
Tags: InfinixInfinix Hot 30mobile
Najib

Najib

POPULAR

Infinix Malaysia akan lancar Hot 30 pada pertengahan April?

Infinix Malaysia akan lancar Hot 30 pada pertengahan April?

29 March 2023
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Proton X90 2026 dilancar dengan enjin turbo i-GT 4 silinder, dari RM99,800

Proton X90 2026 dilancar dengan enjin turbo i-GT 4 silinder, dari RM99,800

11 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN