• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Penaja

Tahu tak, telefon siri Galaxy A ada kecerdasan pintar seperti Jarvis?

  • OLEH Penaja
  • 11:02 am
  • 29/03/2023
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

[Artikel ini dibawakan oleh Samsung]

Telefon pintar adalah sebuah peranti yang sangat canggih. Lebih baik lagi, anda tidak perlu berbelanja besar untuk mendapatkan pelbagai ciri-ciri canggih. Seperti di Galaxy A54 5G dan Galaxy A34 5G , ia mampu melakukan semua perkara yang terdapat di telefon pintar flagship yang lebih mahal.

Antaranya skrin Super AMOLED dengan kecerahan tinggi, kalis air dan debu, sokongan 5G serta sistem bunyi stereo menerusi dua pembesar suara. Tetapi ada satu ciri lebih canggih turut ada di telefon ini, iaitu pembantu maya Modes & Routines. Fungsi dia macam Jarvis dalam filem Iron Man tau.

Modes & Routines merupakan pembantu maya di telefon pintar Samsung Galaxy, yang boleh menghulur bantuan kepada pengguna dalam pelbagai cara. Contohnya, suasana pejabat yang tidak gemar bunyi bising memerlukan peranti disenyapkan. Tetapi kalau terlupa, pasti naik segan menjawab panggilan diperhati mata-mata di pejabat.

Fungsi premium sebegini boleh diselesaikan dengan Modes & Routines yang terdapat di dalam siri Galaxy A. Dengan kecerdasan pintar (AI) terbina padanya, Modes & Routines boleh menukar tetapan peranti sekelip mata tanpa sebarang arahan.

Dengan Modes & Routines , anda boleh menetapkan arahan berdasarkan lokasi, masa atau hari yang anda lalui. Contohnya di pejabat. Apabila Modes & Routines mengesan lokasi anda adalah pejabat, ia boleh memastikan telefon diubah kepada mod senyap dan getaran, kecerahan skrin dinaikkan serta wallpaper ditukar kepada warna cerah.

Pada waktu tidur pula, bermula jam 11 malam telefon akan disenyapkan tanpa getaran, Bluetooth dihidupkan, kecerahan skrin turun ke 10%, mod gelap diaktifkan dan wallapaper dialihkan menjadi warna gelap.

Selain itu, anda juga boleh mengarahkan Modes & Routines untuk membantu ketika aktiviti kecergasan. Semudah membuka aplikasi kecergasan seperti Strava, tetapan peranti boleh diubah kepada kecerahan dan tahap bunyi tertinggi, Bluetooth diaktifkan dan lagu dimainkan.

Secara ringkas, Modes & Routines memastikan aturan yang anda diingini berjalan secara automatik. Tak perlu mengubah setiap satu tetapan atau aplikasi. Hanya sekali sahaja setkan Modes dan Routines yang anda mahu, ia boleh berjalan dengan sendiri. Ibarat Jarvis di dalam kawalan anda. Cuma, anda tidak perlu bercakap untuk mengarahkannya.

Modes & Routines kini terdapat di telefon pintar Samsung Galaxy A34 5G dan Galaxy A54 5G. Untuk mengetahui lebih lanjut serta membelinya, layari laman web Samsung Galaxy A34 5G dan Galaxy A54 5G sekarang.

Dapatkan Pengecas PD 35W Duo percuma!

Khas untuk pembaca SoyaCincau. Dapatkan pengecas PD Power Adapter Duo 35W bernilai RM99 secara percuma apabila membeli Galaxy A54 5G atau Galaxy A34 5G di Stor Online Samsung Malaysia. Gunakan kod promosi SYGA34545G semasa checkout sebelum membuat bayaran. Tawaran ini sah sehingga 30 April 2023, sementara stok masih ada.

Tags: galaxy a34galaxy a54penajasamsungsamsung galaxy a34samsung galaxy a54
Penaja

Penaja

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026

Tahu tak, telefon siri Galaxy A ada kecerdasan pintar seperti Jarvis?

29 March 2023
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER