• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nokia akan wujudkan rangkaian 4G LTE di atas bulan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:40 pm
  • 29/03/2023
  • Komen
Nokia akan wujudkan rangkaian 4G LTE di atas bulan
Share on FacebookShare on Twitter

Nokia kini berada di fasa akhir persiapan untuk mewujudkan rangkaian mudah alih 4G di bulan tak lama lagi. Objektif kewujudan rangkaian 4G di bulan adalah untuk memacu aktiviti penyelidikan di sana serta sebagai salah satu komponen dalam rancangan manusia mewujudkan koloni di sana.

Untuk mengangkut kelengkapan telekomunikasi itu ke bulan, Nokia akan mengguna pakai perkhidmatan SpaceX. Komponen pemancar akan diletakkan pada kapal angkasa lunar Nova-C dan selepas mendarat di bulan, ia akan berhubung dengan penjelajah lunar menggunakan sambungai 4G. Kapal angkasa lunar Nova-C akan mendarat di kawah Shackleton.



Infrastruktur telekomunikasi 4G Nokia ini akan menjadi teras kepada kaedah perhubungan misi Artemis 1, misi ke bulan yang telah dirancang sejak tahun 1972 selepas kejayaan Apollo 17 yang menyaksikan dua orang angkasawan dikatakan mendarat di atas permukaan bulan.

Dengan adanya 4G, angkasawan boleh berkomunikasi dengan bilik gerakan, mengawal penjelajah runar, ataupun memancar video penstriman langsung dan data telemetri kembali ke bumi.



Nokia memaklumkan yang mereka telah mereka khas infrastruktur telekomunikasi ini untuk tahan lasak supaya mampu bertahan dalam keadaan ekstrim sewaktu perjalanan dan apabila berada di atas permukaan bulan.

Sumber: CNBC

Tags: 4glteNokia
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Nokia akan wujudkan rangkaian 4G LTE di atas bulan

Nokia akan wujudkan rangkaian 4G LTE di atas bulan

29 March 2023
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN