• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

6 stesen LRT ditutup mulai 2 April sehingga tempoh tidak diketahui atas faktor keselamatan

  • OLEH Najib
  • 11:19 am
  • 31/03/2023
  • Komen
6 stesen LRT ditutup mulai 2 April sehingga tempoh tidak diketahui atas faktor keselamatan
Share on FacebookShare on Twitter

Sudah jatuh ditimpa tangga. Itulah masalah yang menimpa pengguna pengangkutan awam di Lembah Klang. Rapid Rail Sdn Bhd, pengendali LRT dan MRT di Lembah Klang telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa mereka terpaksa menutup 6 stesen LRT laluan Ampang/Sri Petaling mulai 2 April 2023 atas faktor keselamatan.

Menurut Rapid Rail, tren yang digunakan untuk perkhidmatan di antara Stesen Bandaraya ke Stesen Sentul Timur tidak dapat lagi memenuhi kriteria pengoperasian yang telah ditetapkan dan terpaksa dikeluarkan daripada perkhidmatan. Ianya adalah susulan daripada kejadian kerosakan struktur dan landasan berhampiran Stesen LRT Bandaraya yang telah menyebabkan tren tidak dapat kembali ke Depoh LRT di Ampang untuk menjalani kerja-kerja penyelenggaraan semenjak 27 Januari 2023.



Bas percuma disediakan

Sebagai alternatif, pihak Rapid Rail akan menyediakan 2 laluan bas ekspress percuma, dengan nombor LRT 13 dan LRT 14. Ia adalah perkhidmatan tambahan kepada perkhidmatan bas LRT 11 yang sedang dalam perkhidmatan.

Berikut adalah laluan bas LRT 11, LRT 13 dan LRT 14:



  • Bas LRT 11: LRT Masjid Jamek – LRT Bandaraya – LRT PWTC – LRT Titiwangsa – LRT Sentul – LRT Sentul Timur
  • Bas Ekspres LRT 13: LRT Masjid Jamek – LRT Sentul – LRT Sentul Timur
  • Bas Ekspres LRT 14: LRT Masjid Jamek – LRT Titiwangsa

Perkhidmatan bas LRT 11, 13 dan 14 ini akan beroperasi dengan jumlah bas sebanyak 40 buah dan kekerapan antara 10-15 minit pada waktu puncak bergantung kepada keadaan trafik semasa. Bagi melancarkan perjalanan, semua perkhidmatan bas ini akan menggunakan laluan bas khas yang telah disediakan. Penguatkasaan akan dijalankan oleh pihak berkuasa bagi memastikan laluan bas ini tidak disalahguna oleh kenderaan lain.

Dua laluan bas percuma yang disediakan sebelum ini iaitu bas LRT 9 (LRT Hang Tuah – LRT Bandaraya) dan bas LRT 10 (LRT Masjid Jamek – LRT Bandaraya) akan ditamatkan pada 2 April 2023.

Selain menaiki bas yang disediakan, penumpang juga dinasihatkan menggunakan laluan tren lain, seperti penumpang yang ingin menuju ke Hang Tuah, boleh menaiki Laluan Monorel melalui Stesen Titiwangsa. Manakala penumpang yang ingin menuju ke Chan Sow Lin, boleh menaiki Laluan MRT Putrajaya melalui Stesen Titiwangsa. Aplikasi PULSE boleh digunakan untuk merancangan perjalanan.

Buat masa ini, Rapid Rail tidak menyatakan sampai bilakah penggantungan perkhidmatan 6 stesen ini akan diteruskan. Sebelum ini, Prasarana Berhad memaklumkan tentang proses baik pulih kerosakan di stesen LRT Bandaraya dijangka mengambil masa sehingga 7 bulan, iaitu sehingga Oktober 2023.

[Sumber: RapidKL]

Bacaan Berkaitan

  • LRT Laluan Ampang tergendala akibat landasan bengkok, tren berpatah balik di Plaza Rakyat dan Bandaraya
  • Landasan bengkok, waktu operasi LRT Ampang / Sri Petaling & Monorel diubah, ini info terbaharu
  • Gangguan di Stesen LRT Bandaraya dijangka berlanjutan sehingga Oktober 2023
Tags: LRT Ampanglrt sri petalingPrasaranaRapid RailRapidKL
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
6 stesen LRT ditutup mulai 2 April sehingga tempoh tidak diketahui atas faktor keselamatan

6 stesen LRT ditutup mulai 2 April sehingga tempoh tidak diketahui atas faktor keselamatan

31 March 2023
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER