• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

LRT Laluan Ampang tergendala akibat landasan bengkok, tren berpatah balik di Plaza Rakyat dan Bandaraya

  • OLEH Najib
  • 10:38 am
  • 27/01/2023
  • Komen
LRT Laluan Ampang tergendala akibat landasan bengkok, tren berpatah balik di Plaza Rakyat dan Bandaraya
Share on FacebookShare on Twitter

Pengguna LRT Laluan Kelana Jaya mungkin sudah lali dengan masalah yang sering menimpa tren tersebut hampir setiap hari, menyebabkan kelewatan pergerakan tetapi tidaklah sampai ditutup terus. Bagaimanapun, nasib malang tren kendalian RapidKL kini merebak kepada LRT laluan Ampang hari ini.

RapidKL pagi ini mengumumkan bahawa LRT Laluan Ampang hari ini mengalami kelewatan pergerakan akibat penjajaran landasan yang bengkok berhampiran stesen LRT Bandaraya. Pemerhatian awal mendapati, kerosakan struktur jejambat di situ dipercayai berlaku akibat daripada kerja-kerja pembinaan bersebelahan dengan kawasan berkenaan.



Kerana itu, perkhidmatan LRT Laluan Ampang masih diteruskan tetapi dengan kelajuan yang berkurangan. Ini akan mengakibatkan kekerapan tren menjadi lebih lama, iaitu 9 minit di dalam Daerah Pusat Perniagaan (CBD) dan 18 minit di luar CBD.

Selain itu, pergerakan tren juga akan dihadkan dan bas perantara ulang-alik disediakan bagi stesen yang terjejas. Tren dari Putra Heights akan berpatah balik di Plaza Rakyat, manakala tren dari Sentul Timur akan berpatah balik di Stesen Bandaraya. Untuk perkhidmatan bas perantara, ia akan disediakan di antara stesen Plaza Rakyat dan Masjid Jamek.



RapidKL juga menyediakan perkhidmatan bas alternatif bagi memudahkan pergerakan penumpang iaitu:

Stesen Bandaraya ke Plaza Rakyat
a) No Bas: WVH9594
b) No Bas: W7486Q

Stesen Plaza Rakyat ke Stesen Bandaraya
a) No Bas: WUX5708
b) No Bas: WVC3984

Stesen Sentul Timur ke Stesen Bandaraya
a) No Bas: PJJ7149
b) No Bas:WUW1702

Stesen Bandaraya ke Sentul Timur
a) No Bas: W3607T

Bagi mengawal pergerakan dan kesesakan, Anggota Polis Bantuan juga telah dikerah ke stesen-stesen utama. Pengguna boleh merujuk media sosial RapidKL di Facebook, Twitter dan Instagram untuk mendapatkan maklumat terkini.

[Sumber: RapidKL]

Tags: lrtLRT AmpangRapidKL
Najib

Najib

POPULAR

LRT Laluan Ampang tergendala akibat landasan bengkok, tren berpatah balik di Plaza Rakyat dan Bandaraya

LRT Laluan Ampang tergendala akibat landasan bengkok, tren berpatah balik di Plaza Rakyat dan Bandaraya

27 January 2023
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN