• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Pengangkutan Automotif

Lamborghini umum kereta hybrid pertama mereka, Revuelto

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:48 am
  • 31/03/2023
  • Komen
Lamborghini umum kereta hybrid pertama mereka, Revuelto
Share on FacebookShare on Twitter

Pernah kami laporkan yang selepas Uruz, Lamborghini tidak lagi akan hasilkan kereta berenjin petrol sepenuhnya. Kini tibalah masanya untuk anda mengenali Revuelto, kereta super pertama pengeluar Itali itu dalam kategori hibrid.

Revuelto mengambil rekaan ikonik Aventador yang menjadi flagship kepada jenama itu lebih sedekad.



Sebahagian besar kereta ini diperbuat daripada gentian karbon, bermula daripada rangka monokok hinggalah ke panel badannya. Bahagian yang tidak menggunakan gentian karbon adalah seperti bumper yang gunakan thermoplastik dan pintu yang menggunakan alumunium.

Di bahagian enjin, Revuelto diperkasa enjin petrol 6.5L V12 yang hasilkan 825bhp dan 725Nm pada 6,750 rpm. Bahagian hibridnya adalah motor elektrik yang mampu melonjakkan kuasa kereta ini kepada 1,001 bhp dan kuasa itu disalurkan ke tayar melalui sistem transmisi klac berkembar (DCT).



Lamborghini Revuelto boleh memecut daripada pegun kepada 100km/j dalam masa 2.5 saat sahaja yang mempunyai kelajuan maksimum 350km/j. Sebanyak 13 mode pemanduan ditawarkan untuk keselesaan pemandu termasuklah mode EV penuh yang mengambil tenaga daripada bateri 3.8kWh untuk bergerak.

Ia boleh dicas melalui pengecas maksimum 7kW ataupun enjin petrolnya boleh jadi penjana kepada bateri. Ia boleh diisi dalam masa 30 minit.

Lamborghini masih belum mengumumkan berapakah harga jualan Revuelto. Tapi, ia dijangka akan mula diedarkan kepada penempah awal selewat-lewatnya Disember 2023.

Tags: automotifLamborghinilamborghini revuelto
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Lamborghini umum kereta hybrid pertama mereka, Revuelto

Lamborghini umum kereta hybrid pertama mereka, Revuelto

31 March 2023
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Siri Poco X8 Pro dilancar 17 Mac dengan cip Dimensity 8500 Ultra dan Dimensity 9500s

Siri Poco X8 Pro dilancar 17 Mac dengan cip Dimensity 8500 Ultra dan Dimensity 9500s

10 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN