• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Infinix sah lancar siri Hot 30 dengan kerjasama FreeFire

  • OLEH Najib
  • 11:02 am
  • 03/04/2023
  • Komen
Infinix sah lancar siri Hot 30 dengan kerjasama FreeFire
Share on FacebookShare on Twitter

Infinix Malaysia kini telah mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan siri telefon pintar mampu milik terbaru, siri Hot 30 ke Malaysia. Malah, mereka akan bekerjasama dengan tajuk permainan mudahalih popular, FreeFire dalam pelancaran model ini.

Menurut Infinix, terdapat dua model akan dilancar di bawah siri Hot 30 iaitu Hot 30 dan Hot 30i. Ini adalah serupa dengan pelancaran siri Hot 20 tahun lepas di mana model ‘i’ adalah model yang lebih rendah kuasa serta lebih murah.



Tarikh pelancaran dan hari jualan

Semakan di Facebook rasmi Infinix Malaysia menunjukkan bahawa tarikh pelancaran siri Hot 30 akan jatuh pada hari Isnin, 10 April 2023. Manakala jualannya akan bermula pada hari Jumaat, 14 April 2023.

Sumber

Pastinya kita akan dapat mengetahui tentang harga jualan siri Hot 30, serta sebarang tawaran menarik untuk pembeli terawal pada hari pelancaran kelak. Untuk rujukan, tahun lepas Hot 20 dilancar pada harga RM599 (RAM 6GB + Storan 128GB) manakala Hot 20i berharga RM499 (RAM 4GB + Storan 128GB).



Infinix Hot 30 edisi FreeFire

Peminat boleh menjangkakan banyak tambahan menarik pada edisi FreeFire kelak. Infinix menyatakan, ia akan pergi lebih jauh daripada sistem di dalam telefon sahaja. Pemilik akan menerima pakej yang direka unik untuk peminat FreeFire seperti sarung telefon khas, pin kad, topi, dan pelekat.

Selain itu, perisian di dalamnya akan dihiasi dengan pelbagai tema FreeFire seperti wallpaper, ikon, widget, kesan khas bunyi dan banyak lagi. Infinix juga menambah kesan khas AR FreeFire menggunakan kamera hadapan dan belakang, untuk menghasilkan potret karakter FreeFire tersendiri.

Spesifikasi Hot 30

Antara naik taraf pada Hot 30 adalah di cip pemprosesnya. Ia dikuasakan cip Mediatek Helio G88 12nm, bersama RAM LPDDR4X 8GB dan storan dalaman eMMC seluas 128GB. Kad mikroSD diterima sehingga 1TB untuk meluaskan storan.

Skrinnya jenis LCD IPS berukuran 6.78-inci, dinaik taraf ke resolusi HD penuh dengan kadar penyegaran 90Hz. Kecerahannya pula boleh pergi setinggi 580 nits. Pengimbas capjari terdapat di sisi, di dalam butang kuasa.

Lubang kecil di atas skrin menempatkan kamera hadapan 8MP F2.45. Manakala di belakang, ia menggabungkan kamera utama 50MP F1.6 dan lensa kedua dipanggil lensa AI.

Baterinya berkapasiti 5,000mAh dan pengecasnya dinaik taraf, menyokong kuasa sehingga 33W menerusi USB-C. Jek audio 3.5mm masih dikekalkan dan seperti di Hot 20, model terbaru ini juga hadir dengan sokongan NFC.

Hot 30 akan datang siap dengan sistem operasi Android 13 terbaru. Terdapat tiga warna akan ditawarkan iaitu putih, hitam dan hijau. Nantikan pengumuman selanjutnya daripada kami mengenai harga jualan siri Hot 30 di Malaysia tidak lama lagi.

Bacaan Berkaitan

  • Infinix Hot 20 dan Hot 20i: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • [REVIU] Infinix Hot 20: Skrin besar, bateri besar, harga bawah RM600, dan boleh tambah nilai kad TNG!
  • Infinix Malaysia akan lancar Hot 30 pada pertengahan April?
Tags: FreefireInfinixInfinix Hot 30Infinix Hot 30 FreeFireInfinix Hot 30imobile
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank anjur Pertandingan Seni Digital AI untuk pelajar sekolah sempena Merdeka

AEON Bank anjur Pertandingan Seni Digital AI untuk pelajar sekolah sempena Merdeka

12 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

17 September 2025
Infinix sah lancar siri Hot 30 dengan kerjasama FreeFire

Infinix sah lancar siri Hot 30 dengan kerjasama FreeFire

3 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER