• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jabatan Imigresen akui laman web mereka digodam, serta memberitahu langkah yang diambil

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:41 pm
  • 05/04/2023
  • Komen
Jabatan Imigresen akui laman web mereka digodam, serta memberitahu langkah yang diambil
Share on FacebookShare on Twitter

Semalam, laman web rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) didapati telah digodam dan JIM mengeluarkan notis bahawa laman web mereka sedang diselenggara buat sementara waktu. Kini, JIM telah mengesahkan kejadian tersebut dengan mengeluarkan kenyataan rasmi serta memaklumkan langkah yang diambil untuk membendung perkara ini.

Sumber gambar XavierNaxa di Twitter

Menurut JIM, serangan itu dilakukan pada jam 2 pagi semalam oleh penggodam yang digelar sebagai ‘CaptainSmok3r’. Penggodam itu menukar muka hadapan halaman web JIM kepada imej lain serta meninggalkan mesej-mesej seperti serangan itu dilakukan hanya untuk suka-suka. Namun, JIM menegaskan hanya laman web sahaja yang terjejas dan capaian perkhidmatan lain seperti myIMMs, SSPI masih boleh diakses.



Oleh itu, JIM telah menutup akses laman web buat sementara waktu bagi kerja-kerja membaik pulih serta mengadakan perbincangan bersama Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan CyberSecurity Malaysia bagi mengukuhkan lagi keselamatan laman web JIM. Laman web tersebut dijangka pulih dan boleh diakses orang ramai bermula petang semalam.

Berita baiknya adalah, JIM memaklumkan serangan ini tidak mengakibatkan sebarang kebocoran maklumat pengguna. Jadi, rakyat Malaysia tidak perlu risau akan maklumat peribadi tersebar ke tempat tidak sepatutnya. Agensi tersebut juga mengingatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu ketenteraman awam.



[Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia]

Tags: imigresenjabatan imigresen malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Jabatan Imigresen akui laman web mereka digodam, serta memberitahu langkah yang diambil

Jabatan Imigresen akui laman web mereka digodam, serta memberitahu langkah yang diambil

5 April 2023
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN