• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmi Note 12 5G Malaysia: RAM 8GB, storan 256GB, dan bateri 5,000mAh pada RM1,099

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:13 pm
  • 05/04/2023
  • Komen
Redmi Note 12 diperkasa dua cip baharu Snapdragon pada harga patut
Share on FacebookShare on Twitter

Redmi hari ini telah mengumumkan kemas kini penawaran siri Redmi Note mereka untuk pasaran Malaysia. Sebanyak varian telah diperkenal untuk kita iaitu:

  • Redmi Note 12 Pro+ 5G
  • Redmi Note 12 5G
  • Redmi Note 12

Harga Siri Redmi Note 12 di Malaysia

Sekiranya anda berminat untuk memiliki mana-mana varian dalam siri Redmi, sesi tempahan awal pembelian sedang dijalankan sehingga 13 April 2023. Berikut adalah harga siri Redmi Note 12 di Malaysia:



  • Redmi Note 12 Pro+ 5G (8+256) – RM1,599
  • Redmi Note 12 5G (8+256) – RM1,099
  • Redmi Note 12 (8+128) – RM799
  • Redmi Note 12 (6+128) – RM699

Baca tentang Redmi Note 12 Pro+ disini
Baca tentang Redmi Note 12 5G disini
Baca tentang Redmi Note 12 disini

Antara promosi yang sedang berjalan adalah hadiah Redmi Smart Band 2 untuk pembeli awal mana-mana varian Redmi Note 12.



Spesifikasi Redmi Note 12 5G

Redmi Note 12 5G adalah varian yang berada di antara Redmi Note 12 Pro+ 5G dan Redmi Note 12 pada segi harierki. Di bahagian muka, ia ada panel paparan sebesar 6.67” berteknologi AMOLED. Kadar segar semulanya boleh mencapai sehingga 120Hz, sesuai untuk anda yang gemar bermain game pada kadar bingkai tinggi.

https://i0.wp.com/bm.soyacincau.com/wp-content/uploads/2023/03/230325-redmi-note-12-5G-01-05.jpg?ssl=1

Untuk mengambil gambar, Redmi Note 12 5G memanfaatkan konfigurasi trikamera belakang dan satu kamera depan. Bermula di belakang, ia ada kamera utama 48MP, kamera ultralebar 8MP dan kamera makro bersensor 2MP. Gambar swafoto diambil menerusi kamera yang diletakkan di bahagian tengah dahi telefon pada paparan berlubang.

https://i0.wp.com/bm.soyacincau.com/wp-content/uploads/2023/03/230325-redmi-note-12-5G-01-04.jpg?ssl=1

Atas papan utama, Redmi Note 12 5G diperkasa Snapdragon 4 Gen 1. Telefon ini adalah antara yang pertama menggayakan SoC baharu daripada Qualcomm. Ia adalah cip daripada keluarga 6nm dan mengandungi 8 teras berkelajuan sehingga 2GHz.

https://i0.wp.com/bm.soyacincau.com/wp-content/uploads/2023/03/230325-redmi-note-12-5G-01-02.jpg?resize=1024%2C491&ssl=1

Xiaomi menyertkaan tangki bateri berkapasiti 5,000mAh pada Redmi Note 12 5G bersama-sama sistem pengecasan pantas 33W untuk mengisi semula tenaga.

Antara ciri menarik pada telefon ini adalah seperti kehadiran jek audio 3.5mm, NFC, IR Blaster, dan sokongan dwi-5G sekaligus.

https://i0.wp.com/bm.soyacincau.com/wp-content/uploads/2023/03/230325-redmi-note-12-5G-01-03jpg.jpg?resize=1024%2C796&ssl=1

Di Malaysia, cuma satu varian konfigurasi RAM dan storan ditawarkan iaitu RAM 8GB dan storan 256GB.

Tags: androidphoneRedmiredmi noteredmi note 12redmi note 12 5gredmi note 12 pro+ 5gtelefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Redmi Note 12 diperkasa dua cip baharu Snapdragon pada harga patut

Redmi Note 12 5G Malaysia: RAM 8GB, storan 256GB, dan bateri 5,000mAh pada RM1,099

5 April 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER