• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung & AMD perkukuh kerjasama penghasilan SoC menerusi perjanjian baharu

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:02 am
  • 06/04/2023
  • Komen
AMD Radeon akan perkasa grafik di dalam cip Samsung Exynos
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung mengumumkan yang mereka telah memperluas kerjasama dengan AMD dalam penghasilan SoC telefon. Ia selepas kedua-dua pihak menandatangani perjanjian multilapis yang bakal membolehkan Samsung memasukkan teknologi grafik Radeon daripada AMD dalam produk Exynos.

Buat anda yang terlepas berita, Samsung telahpun bekerjasama dengan AMD sejak tahun 2019 untuk menghasilkan GPU yang boleh menandingi Adreno pada Qualcomm. Produk pertama hasil kerjasama itu adalah Exynos 2200 yang menjadi tunjang kepada siri Galaxy S22. Pada SoC tersebut, bahagian GPU-nya mengguna pakai teknologi RDNA2, teknologi yang sama digunakan pada PS5 dan Exbox Series X.



Pada Exynos 2200, Samsung menggelarkan GPU mereka sebagai Xclipse 920 bagi menggantikan GPU Mali yang telah mereka gunakan sekian lama. Hasilnya, Samsung mengumumkan yang cip ini adalah yang pertama dalam industri mampu mendukung ray tracing  di paras perkakasan.

Samsung baru-baru ini dilapor telah menubuhkan pasukan khas pembangun cip pemproses di bawah sayap Mobile Experience (MX), sayap yang juga membangunkan telefon-telefon Samsung. Untuk pengetahuan anda, pasukan dengan tugasan yang sama telah lama ada di Samsung System LSI, pihak yang bertanggungjawab ke atas cip Exynos selama ini.



Maknanya akan ada dua pasukan pereka cip pemproses.

Tiada kenyataan rasmi diumumkan Samsung setakat ini tapi baru-baru ini, tapi yang pastinya, Samsung masih belum berhenti daripada membangunkan cip sendiri.

Sumber: Samsung

Tags: amdexynosRadeonsamsung
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AMD Radeon akan perkasa grafik di dalam cip Samsung Exynos

Samsung & AMD perkukuh kerjasama penghasilan SoC menerusi perjanjian baharu

6 April 2023
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN