• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TOP 10 Google Malaysia: Perlawanan France vs Netherlands paling popular pada Mac 2023

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:21 pm
  • 06/04/2023
  • Komen
TOP 10 Google Malaysia: Perlawanan France vs Netherlands paling popular pada Mac 2023
Share on FacebookShare on Twitter

Google Malaysia telah kongsikan 10 carian popular dilakukan pada bulan Mac. Topik sukan sudah semestinya ada di dalam senarai. Perlawanan Liga UEFA Europa, perlawanan kriket, perlawanan badminton Terbuka Switzerland dan All England Open telah mendapat perhatian ramai pada bulan lalu. Dalam keempat-empat sukan itu, hanya satu sahaja carian ada kaitan dengan pemain Malaysia iaitu Swiss Open 2023 yang memperlihatkan pemain profesional perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia.

Selain itu, ada juga carian isu semasa dilakukan antaranya berkaitan bulan Ramadan, kontroversi kedai kopi Seng Thor Coffee Shop dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Di samping itu, ada dua drama mendapat perhatian ramai pada bulan lalu iaitu Telemovie Saat Hilang Cintamu yang telah bersiaran di TV3 dan drama Hong Kong, The Invisibles.



1. Niat Puasa Sebulan / Niat Solat Tarawih

Untuk tahun ini, 1 Ramadan jatuh pada 23 Mac 2023. Tarikh itu juga menandakan umat Islam mula berpuasa. Tentunya ramai yang lakukan carian niat puasa sebulan bagi memudahkan urusan berpuasa. Malah, digalakkan juga untuk lakukan solat terawih pada bulan ini. Carian mengenai niat solat terawih pastinya dilakukan bagi individu yang terlupa atau tidak pasti bacaannya.

2. UEFA Euro 2024 / France vs Netherlands

Perlawanan bola sepak menjadi antara carian yang popular pada setiap bulan. Dalam perlawanan Liga UEFA Europa bula lepas, Perancis berjaya meraih kemenangan 4-0 menentang Netherlands (Belanda).



3. Bangladesh vs Ireland

Dalam perlawanan kriket yang berlangsung di Chittagong ini, Bangladesh berjaya menewaskan Ireland dengan 124 larian dan memperoleh mata pendahuluan 2-1.

4. Seng Thor Coffee Shop

Seng Thor Coffee Shop merupakan sebuah kedai kopi di Pulau Pinang. Pada bulan lepas, dikatakan mereka telah memalukan seorang pelanggan melalui satu perkongsian di akaun Facebook kerana dia tidak memesan minuman. Hal ini mengakibatkan mereka menerima kecaman dari netizen. Namun, pemilik kedai tersebut yang dikenali sebagai Lim berkata, beliau telah memohon maaf kepada pelanggan dan juga pengguna media sosial.

5. Li Shi Feng / All England Open

Li Shi Feng merupakan pemain badminton dari China. Baru-baru ini, dia telah menewaskan juara 2018, Shi Yu Qi dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki All England Open. Carian ini menunjukkan ramai peminat di Malaysia yang ingin tahu tentang perkembangan Li Shi Feng.

6. Saat Hilang Cintamu

Carian ini pastinya dilakukan oleh pencinta drama Melayu, lebih-lebih lagi apabila Telemovie ini dikatakan dicipta berdasarkan kisah benar. Telemovie Saat Hilang Cintamu dibintangi oleh Zamarul Hisham dan Rita Nadira. Secara ringkas, drama ini mengisahkan tentang hubungan Razil dan isterinya Salinah yang mula renggang apabila Salinah terpengaruh dengan kata-kata rakannya yang memperlekehkan suaminya. Oleh kerana itu, Salinah dapatkan bantuan pakar kaunseling, tapi malangnya mereka berdua berakhir dengan hubungan terlarang.

7. Swiss Open 2023

Perlawanan badminton Terbuka Switzerland 2023 telah bermula pada 21 Mac lalu. Pemain profesional perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia berjaya menumpaskan lawannya Lee Chia Hao dari Taiwan untuk mara ke pusingan separuh akhir. Namun, dia tewas di tangan pemain Jepun, Koki Watanabe di peringkat separuh akhir tersebut.

8. The Invisibles

The Invisibles merupakan drama Hong Kong lakonan Tiffany Lau dan Kenneth Ma mengenai pasukan polis elit. Ia telah mula bersiaran di Malaysia pada 6 Mac. Drama ini sesuai ditonton pagi penggemar filem aksi dan jenayah.

9. Real Betis vs Manchester United

Ini juga merupakan carian berkaitan Liga UEFA Europa sama seperti di tangga kedua. Gol yang dijaringkan Marcus Rashford dalam perlawanan ini telah memberi kemenangan pada Manchester United 1-0 menentang Real Betis. Ini sekaligus membawa pasukan Manchester United ke suku akhir Liga UEFA Europa.

10. Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Kemas Kini

Carian ini tentunya dilakukan oleh penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang layak. Tarikh permohonan baharu dan kemas kini STR dibuka pada 1 Mac 2023 sehingga 31 Mac 2023 lalu. Pembayaran STR Fasa 2 telah mula di agihkan pada 5 April 2023 secara berperingkat.

Tags: Googlegoogle search
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

TOP 10 Google Malaysia: Perlawanan France vs Netherlands paling popular pada Mac 2023

TOP 10 Google Malaysia: Perlawanan France vs Netherlands paling popular pada Mac 2023

6 April 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER