• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Instax Mini 12 masuki Malaysia, kit Macaron ditawar dengan 2 filem percuma

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:10 am
  • 07/04/2023
  • Komen
Instax Mini 12 masuki Malaysia, kit Macaron ditawar dengan 2 filem percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Fujifilm Malaysia hari ini mengumumkan penjualan kamera segera baharu Fujifilm Instax Mini 12. Ia sudahpun dilancarkan di Jepun awal Mac lalu dan kini ia masuki Malaysia. Buat peminat yang ingin menambah koleksi Instax Mini mereka, edisi terbaharu kamera ini dijual pada harga RM428. Setiap pembelian disertakan dengan 2 pek filem percuma.

Fujifilm Instax Mini 12 adalah sebuah kamera yang ada rupa seperti sebuah permainan. Badannya berlengkung-lengkun dan berwarna warni adalah antara pelarisnya kerana jarang produk kamera dalam pasaran mengetengahkan konsep kamera comel sebegini sedang kebanyakan kamera di luar sana lebih berupa professional dan bersegi.



Daripada segi spesifikasi teknikal, ia ada lensa berjarak fokal 60mm dengan jarak fokus terhampir pada 30cm dalam mode selfie ataupun 50cm dalam mode biasa. Kelajuan pengatup boleh berubah antara 1/2s hingga 1/250s.

Ia ada lampu pijar LED untuk memgambil gambar dalam keadaan gelap dan kamera ini diperkasa dua bateri bersaiz AA. Untuk mengambil gambar, ia perlu menggunakan pek filem Instax Mini yang didalamnya terkandung 10 filem untuk digunakan.



Di Shopee, filem Instax Mini dilihat dijual dalam lingkungan harga RM31 hingga RM37 untuk satu pek filem. Makanya, purata kos untuk sekeping gambar pula menjadi RM3.10. Adakah anda rasakan Instax Mini sebuah kamera yang berbaloi?

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: fujifilmfujifilm instax mini 12
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Instax Mini 12 masuki Malaysia, kit Macaron ditawar dengan 2 filem percuma

Instax Mini 12 masuki Malaysia, kit Macaron ditawar dengan 2 filem percuma

7 April 2023
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN