• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Keuntungan Samsung menjunam 96%, paling teruk sejak 2009 akibat permintaan cip memori menurun

  • OLEH Najib
  • 10:44 am
  • 10/04/2023
  • Komen
Keuntungan Samsung menjunam 96%, paling teruk sejak 2009 akibat permintaan cip memori  menurun
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung Electronic baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan mengurangkan penghasilan cip memori dengan drastik, selepas mencatatkan keuntungan jauh lebih rendah untuk suku pertama 2023 (Q123) daripada jangkaan iaitu 96% menurun berbanding suku sebelumnya. Masalah ini sebenarnya dihadapi oleh sebilangan besar syarikat semikonduktor antarabangsa dan sektor cip menyumbang hampir separuh pendapatan Samsung.

Samsung Electronic menjangkakan keuntungan mereka akan jatuh ke KRW 600 bilion (~RM2 bilion) pada Januari hingga Mac 2023. Pada suku yang sama tahun lepas, mereka mencatat keuntungan KRW 14.12 trilion (~RM47.16 bilion).



Sumber: Reuters

Bloomberg melaporkan, Samsung mahu menurunkan kadar pengeluaran cip baru mereka ke tahap ‘lebih bermakna’ untuk memberi fokus kepada menghabiskan stok sedia ada. Pada mulanya, Samsung tidak mahu mengambil langkah ini kerana mahu cuba merampas pegangan pasaran daripada pesaing seperti Micron dan SK Hynix. Tetapi penjualan yang tidak mencukupi menjadikan pengeluaran berlebihan tidak berbaloi. Kelebihan yang ada pada Samsung ialah ia disokong oleh penghasilan telefon pintar mereka sendiri.

Dari segi statistik pula, Samsung Electronic mungkin berhadapan prestasi suku tahun terburuk sejak 2009. Samsung menghasilkan telefon Android pertama mereka, Galaxy I7500 pada tahun 2009 dan memperkenal Galaxy S pertama pada tahun 2010. Bermakna, keuntungan terendah ini menyamai prestasi sebelum Samsung menghasilkan telefon pintar Android.



Samsung dijangka akan mengeluarkan laporan penuh kewangan mereka pada hujung bulan ini.

[Sumber: Reuters, Bloomberg]

Tags: samsung
Najib

Najib

POPULAR

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Keuntungan Samsung menjunam 96%, paling teruk sejak 2009 akibat permintaan cip memori  menurun

Keuntungan Samsung menjunam 96%, paling teruk sejak 2009 akibat permintaan cip memori menurun

10 April 2023
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN