• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Raya Aidilfitri 21 April? Ini cara Malaysia tentukannya

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:51 pm
  • 10/04/2023
  • Komen
Raya Aidilfitri 21 April? Ini cara Malaysia tentukannya
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak kebelakangan ini, ramai pengguna media sosial kongsikan tentang tarikh Hari Raya Aidilfitri yang diawalkan, iaitu pada 21 April 2023. Jika anda ada jumpa mesej tersebut, jangan percaya sebab ia tidak dikeluarkan oleh sumber yang dipercayai. Ini termasuklah pentapan tarikh Hari Raya Aidilfitri yang dinafikan pihak JAKIM baru-baru ini.

JAKIM menafikan kenyataan yang dibuat oleh pihak tertentu mengenai penetapan tarikh hari raya Aidilfitri bagi tahun 1444H / 2023M yang mendakwa dikeluarkan oleh jabatan ini. pic.twitter.com/tfpKL3Hj37

— JAKIM (@MyJAKIM) April 4, 2023

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, mengingatkan umat Islam di Malaysia untuk hanya merujuk sumber rasmi termasuk saluran TV tempatan bagi pengumuman tarikh 1 Syawal dan sambutan Aidilfitri. Menurutnya, pengumuman yang boleh kita gunakan hanyalah dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Bukan tarikh dari Indonesia atau Emiriah Arab Bersatu dalam TikTok atau WhatsApp.



Kenapa Malaysia perlu tunggu anak bulan?

Penentuan tarikh 1 Syawal perlu dibuat di negara masing-masing, sebab kedudukan anak bulan sesebuah negara adalah tidak sama. Proses penentuan Aidilfitri di Malaysia bergantung pada kenampakan anak bulan pada Maghrib, 29 Ramadan, menggunakan kaedah rukyah dan hisab mengikut kriteria Imkanur-Rukyah. Anak bulan tersebut hendaklah dihitung kedudukannya ketika matahari terbenam dan hendaklah berada di atas ufuk.

Ada dua syarat perlu dipenuhi iaitu, jarak lengkung antara matahari dan bulan hendaklah tidak kurang 6.4 darjah, manakala tinggi bulan pula tidak kurang dari tiga darjah. Jika anak bulan kelihatan tetapi kurang dari syarat ini, maka dalam konteks kita di Malaysia, kita jangka anak bulan itu tidak boleh dilihat. Tapi kalau berada di atas parameter disebut, maka dijangka boleh dilihat.



Di Malaysia, ada 29 lokasi cerapan untuk penentuan 1 Syawal nanti. Semua data itu akan dikumpulkan dan dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja untuk persetujuan. Keputusan rasmi hanya akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selepas semua persetujuan diperoleh.

Jadi, buat masa ini lakukan sahaja ibadat sebanyak mungkin pada hari-hari terakhir Ramadan dan tunggu pengumuman rasmi dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja untuk tahu tarikh sebenar Aidilfitri.

[Sumber: BH, HMetro, Awani]

Tags: Fahmi FadzilHari Rayahari raya aidilfitri
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Raya Aidilfitri 21 April? Ini cara Malaysia tentukannya

Raya Aidilfitri 21 April? Ini cara Malaysia tentukannya

10 April 2023
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER