• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ini harga eksklusif GeForce Now di Malaysia untuk pelanggan Yes 5G

  • OLEH Najib
  • 10:57 am
  • 12/04/2023
  • Komen
Yes 5G lanjutkan ujian beta percuma GeForce Now sehingga 13 April
Share on FacebookShare on Twitter

Harga langganan untuk GeForce Now, perkhidmatan penstriman permainan video kini telah diketahui. Yes 5G yang kini menjalankan ujian beta percuma GeForce Now, telah memaklumkan harga langganan istimewa untuk pelanggannya.

Yes 5G telah menghantar emel yang menyatakan ujian beta percuma GeForce Now akan ditamatkan pada 13 April 2023. Selepas itu, pengguna akan dimasukkan secara automatik kepada pelan eksklusif pengguna Yes.



Harga langganan GeForce Now untuk pengguna Yes 5G telah ditetapkan pada RM40/bulan. Sebagai promosi pelancaran, pengguna boleh berjimat sebanyak 25% untuk 6 bulan pertama dengan membayar hanya RM30/bulan. Tidak pula diterangkan sama ada langganan ini akan hadir dengan fungsi RTX On, berapa lama masa bermain, serta tahap akses ke dalam permainan.

Untuk rujukan, langganan bulanan GeForce Now di Singapura terbahagi kepada dua iaitu Premium SGD9.99 (~RM33.12) dan Premium Pro SGD14.99 (~RM49.70). Kedua-dua pelan ini diberikan masa bermain 6-jam sehari dan fungsi RTX dihidupkan. Apa yang berbeza adalah pelan Premium diberi keutamaan akses pertengahan selama 40 jam sebulan. Manakala Premium Pro menikmati keutamaan akses tertinggi selama 80 jam sebulan.



Harga pelan GeForce Now di Singapura

Pengguna ujian beta mesti hentikan langganan sendiri

Bagaimanapun, untuk mereka yang telah mendaftar ujian beta percuma dan tidak mahu meneruskan langganan, anda perlu membatalkan langganan tersebut selewatnya hari ini, 12 April 2023. Jika tidak, anda akan dimasukkan secara automatik kepada pelan langganan bulanan RM40/bulan (promosi RM30/bulan untuk 6 bulan pertama).

Kepada yang belum tahu tentangnya, GeForce Now membolehkan pengguna bermain pelbagai tajuk permainan video secara strim di awan. Dengan cara ini, pengguna tidak lagi perlu memiliki perkakas atau komputer berkuasa tinggi. Sebaliknya, apa yang penting adalah internet berkelajuan tinggi, stabil dan rendah kependaman. Paling baik menggunakan jalur lebar tetap atau rangkaian 5G.

GeForce now boleh dimainkan di peranti mudah alih, laptop, komputer desktop atau TV Pintar. Semua pemproses berkuasa tinggi akan diuruskan oleh pelayan NVIDIA dan peranti pengguna hanya digunakan untuk menstrim paparan dan memberi input. Bermakna, anda boleh bermain permainan video AAA yang memerlukan kuasa tinggi di komputer rendah kuasa seperti Apple Macbook Air.

Tetapi, NVIDIA hanya menyediakan perkhidmatan sahaja. Pengguna masih perlu membeli atau memiliki tajuk permainan tersebut. GeForce Now menyokong pelbagai sambungan ke gedung permainan seperti Steam, Epic Games, Ubisoft Connect dan GOG.

Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang penggunaan GeForce Now menerusi reviu yang ditulis oleh Raymond di sini.

Bacaan Berkaitan

  • Yes 5G lanjutkan ujian beta percuma GeForce Now sehingga 13 April
  • Yes 5G NVIDIA GeForce Now Malaysia review: Solid alternative for gamers – most of the time
  • GeForce NOW kini tiba di Malaysia, percuma untuk pelanggan Yes 5G
Tags: GeForce NowNvidianvidia geforce nowYESyes 5g
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Yes 5G lanjutkan ujian beta percuma GeForce Now sehingga 13 April

Ini harga eksklusif GeForce Now di Malaysia untuk pelanggan Yes 5G

12 April 2023
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER