• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

GeForce NOW kini tiba di Malaysia, percuma untuk pelanggan Yes 5G

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:31 pm
  • 17/03/2023
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Platform permainan berasaskan awan, NVIDIA GeForce NOW kini tiba di Malaysia hasil kolaborasi NVIDIA bersama telco Yes 5G. Ia pertama kali didedahkan pada Disember tahun lepas, dengan Yes 5G dikatakan bakal melancarkan perkhidmatan GeForce NOW ke Malaysia. Kini, ia hadir untuk pengguna di Malaysia, tapi masih belum tersedia untuk semua pengguna kerana ia masih di peringkat Beta.

Buat masa sekarang, perkhidmatan ini hanya tersedia untuk pelanggan Yes 5G sahaja. Untuk bukan pelanggan Yes 5G, anda perlu mendapatkan pelan Pascabayar atau Prabayar Yes untuk mengakses perkhidmatan GeForce NOW. Bagi yang sudah melanggan, anda boleh terus sahaja mendaftarkan akaun Yes gaming menggunakan nombor telefon Yes anda.



GeForce NOW boleh dimain secara percuma oleh pelanggan Yes bermula hari ini sehingga 10 April 2023. Terdapat ciri RTX hidup semasa bermain, tapi masa bermain terhad untuk enam jam per sesi. Secara peribadi, saya rasa enam jam sudah memadai untuk kebanyakan gamer. Selain itu, terdapat 1,500 permainan yang disokong GeForce NOW seperti Cyberpunk 2077, francais Assassin’s Creed, Fortnite dan Destiny 2.

Untuk yang sudah mempunyai permainan di dalam platform permainan Steam, Epic Games dan Ubisoft, anda boleh hubungkan sahaja GeForce NOW dengan platform permainan yang anda guna. Jadi, permainan yang disokong akan boleh diakses dan dimainkan di GeForce NOW.



Dengan adanya GeForce NOW, mana-mana peranti kini mampu untuk memainkan permainan AAA selagi ada sambungan internet yang laju dengan latensi rendah. GeForce NOW memerlukan sekurang-kurangnya internet dengan kelajuan 15Mbps untuk permainan 720p pada 60FPS, 25Mbps untuk permainan 1080p pada 60FPS dan 35Mbps untuk permainan sehingga 4K untuk 120FPS.

GeForce NOW boleh dimuat turun dan digunakan di peranti Windows, MacOS, telefon pintar dan beberapa TV Pintar. Anda boleh muat turun GeForce NOW di link ini. Setelah anda berjaya membuat akaun, anda boleh log masuk ke aplikasi GeForce NOW untuk mula bermain. Untuk tahu lebih lanjut, anda boleh layari laman web GeForce NOW di sini.

Tags: GeForceGeForce NowNvidianvidia geforce nowYESyes 5g
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

20 Mac 2023
Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

21 Mac 2023
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

1 Disember 2022
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Nak telefon unik dengan pelekat & warna idaman? Semuanya boleh dengan Galaxy Z Flip4 Bespoke

1 Disember 2022

GeForce NOW kini tiba di Malaysia, percuma untuk pelanggan Yes 5G

17 Mac 2023
5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

22 Mac 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER