• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Unifi mula tawarkan pelan 1Gbps dan 2Gbps, harga bermula RM349/bulan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:52 am
  • 13/04/2023
  • Komen
Unifi mula tawarkan pelan 1Gbps dan 2Gbps, harga bermula RM349/bulan
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti teaser yang dikongsikan tempoh hari, Unifi kini secara rasminya menawarkan dua pelan berkelajuan Gigabit per saat (Gbps) iaitu 1Gbps dan 2Gbps. Walau bagaimanapun, anda perlu maklum yang pelan 2Gbps tidaklah bermakna anda beroleh kelajuan penuh secara total sebaliknya ia adalah gabungan dua sambungan 1Gbps.

Hal ini kerana, buat masa ini, hanyak Time Internet sahaja yang memiliki teknologi 10G PON yang mampu menampung kelajuan sehingga 10Gbps sedangkan Unifi masih gunakan teknologi legasi dan hasilnya, mereka perlu gunakan teknik aggregation untuk mencapai angka 2Gbps tersebut.



5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

Makanya, sekiranya anda melanggan pelan 2Gbps, anda akan terima dua router Wi-Fi yang masing-masing ada kelajuan 1Gbps dan tidak berkongsi. Berdasarkan laman FAQ Unifi, dua Router itu akan disambungkan kepada seunit Optical Network Router dan unit inilah yang akan bersambung dengan rangkaian tunjang 2Gbps.



Walaupun menggunakan teknik aggregation, 1Gbps untuk pengguna biasa adalah luar biasa pantasnya, inikan 2Gbps terus. Untuk perspektif, Netflix menyarankan kelajuan 15Mbps untuk menonton kandungan dalam resolusi 4K UHD. Dengan 2Gbps anda boleh strim secara serentak 133 kandungan 4K UHD serentak pada kelajuan penuh.

Buat anda yang berminat untuk melanggan, harga promosi pelan 1GB dan 2GB adalah masing-masing RM349 dan RM399 sebulan. Di luar tempoh promosi, harga mereka akan naik maisng-masing kepada RM409 dan 459 sebulan.

Bersama-sama dengan langganan ini, anda akan terima Unifi TV Ultimate Pac yang hadir dengan 7 aplikasi penstriman.

Sebagai perbandingan, Time menawarkan 1Gbps dan 2Gbps masing-masing pada RM199 dan RM379 sebulan. Memang harganya rendah, kerana ia tidak hadir dengan sebarang servis penstriman.

Tags: BroadbandJalur lebarUnifi
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Unifi mula tawarkan pelan 1Gbps dan 2Gbps, harga bermula RM349/bulan

Unifi mula tawarkan pelan 1Gbps dan 2Gbps, harga bermula RM349/bulan

13 April 2023
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN