• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Insiden kebakaran KLCC: Bomba sedang siasat, skuter elektrik bukan punca

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:09 pm
  • 14/04/2023
  • Komen
Insiden kebakaran KLCC: Bomba sedang siasat, skuter elektrik bukan punca
Share on FacebookShare on Twitter

Pada 13 April 2023 lalu, terdapat insiden kebakaran telah berlaku berhampiran Suria KLCC. Dilaporkan yang beberapa buah motorsikal dan beberapa buah skuter elektrik telah rentung terbakar.

Pihak Bomba telah mengesahkan insiden tersebut melalui utusan di saluran rasmi mareka di Facebook. Menurut mereka, sebanyak 13 buah motorsikal dan 4 buah skuter elektrik telah terbakar. Kebakaran berjaya dipadankan pada 4:04 petang dan punca kebakaran serta kerugian masih lagi dalam siasatan pihak mereka.



Di pihak Beam, mereka telah mengambil maklum tentang insiden yang berlaku dan mereka mengesahkan yang skuter elektrik mereka bukanlah penyebab kepada kebakaran. Pihak mereka menzahirkan perasaan lega kerana tiada kecederaan dilaporkan dan bersimpati dengan pemilik-pemilik motorsikal yang terlibat. Beam juga mengucapkan tahniah kepada pihak berkuasa atas tindakan pantas dalam membendung kebakaran seterusnya mengelaknya daripada merebak lebih jauh.

Dalam hal yang berkaitan, Beam menambah yang keselamatan diberikan keutamaan tertinggi dalam operasi mereka dan mereka menggunakan hanya komponen yang bergred tertinggi pada produk mereka. Ia termasuklah bateri yang dipasang dalam setiap skuter elektrik Beam yang turut memenuhi piawaian antarabangsa daripada segi keselamatan.



e-skuter Beam memenuhi piawaian UL2272

Menurut Beam, semua skuter mereka memenuhi piawaian UL2272. Ia adalah piawaian untuk peranti e-mobility. Menurut kajian kerta putih, produk yang ingin melepasi UL2272 perlulah melepasi banyak ujian. Dua ujian yang besar adalah ujian elektrik dan ujian mekanikal.

Dalam ujian elektrik, antara yang akan diuji adalah seperti:

  1. bateri terlebih cas
  2. litar pintas
  3. bater terlebih nyahcas
  4. suhu
  5. pengecasan tak seimbang
  6. keteguhan menahan voltan dielektrik
  7. ujian kebocoran arus
  8. ujian pembumian
  9. ujian penebat terasing

Kamudian, dalam ujian elektrik, peranti akan diuji daripada segi:

  1. ketahanan gegaran
  2. ketahanan hentakan
  3. ketahanan kejatuhan
  4. ketahanan tekanan
  5. ketahanan renggangan
  6. ketahanan bebanan

UL2272 juga memerlukan sesuatu produk e-mobility melalui ujian persekitaran dan ujian terhadap bahan dan komponen. ekiranya berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang UL2272, and aboleh layari laman rasmi piawaian tersebut.

Tags: Beambomba
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Insiden kebakaran KLCC: Bomba sedang siasat, skuter elektrik bukan punca

Insiden kebakaran KLCC: Bomba sedang siasat, skuter elektrik bukan punca

14 April 2023
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
Peti sejuk pintar Xiaomi Mijia Refrigerator Cross Door 510L kini rasmi, harga RM2,399

Peti sejuk pintar Xiaomi Mijia Refrigerator Cross Door 510L kini rasmi, harga RM2,399

6 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER