• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PPR terpilih boleh langgan Internet Time 500Mbps dan 1Gbps pada harga serendah RM119/bulan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:22 am
  • 14/04/2023
  • Komen
Pengguna TIME mula terima naiktaraf kelajuan sehingga 1Gbps
Share on FacebookShare on Twitter

Awal Februari 2023 lalu, Time telah memperkenalkan Pakej MyKabel yang menawarkan pelan Internet 100Mbps pada harga RM69 khas untuk Program Perumahan Rakyat (PPR) terpilih. Namun, sekiranya anda pergi ke laman FAQ inisiatif tersebut, didapati yang pelan 500Mbps dan 1Gbps juga ditawarkan pada harga promosi untuk PPR.

Pengguna yang layak melanggan Pakej MyKabel boleh melanggan pelan 500Mbps pada harga RM119/bulan manakala 1Gbps pada harga RM179/bulan. Ia RM20 lebih murah berbanding penawaran asal iaitu RM129 dan RM199.



Berikut adalah senarai PPR yang Pakej MyKabel ada untuk dilanggan:

  • PPR Kampung Baru HICOM, Selangor
  • PPR Kota Damansara, Selangor
  • PPR Lembah Subang, Selangor
  • PPR Taman Putra Damai, Selangor (Lembah Subang 1)
  • PPR Kerinchi, Kuala Lumpur
  • PPR UDA Utama, Johor
  • PPR Taman Perling, Johor (Jalan Rawa 1)
  • PPR Taman Perling, Johor (Jalan Rawa 7)

Seperti biasa, setiap langganan akan diletakkan di bawah kontrak selama 24 bulan. Perlu juga anda ambil maklum yang rebat harga ini juga sah sepanjang kontrak tersebut. Selepas 24 bulan, harga langganan akan kembali kepada yang asal. Pakej MyKabel ditawarkan sepanjang tahun 2023 ini.



Untuk pengetahuan anda, berikut adalah senarai penawaran Internet daripada Time:

  1. 100Mbps – RM99/bulan
  2. 500Mbps – RM139/bulan
  3. 1Gbps – RM199/bulan
  4. 2Gbps – RM379/bulan

Sekiranya anda perlukan maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi produk.

Sumber: Lowyat

Bacaan berkaitan

5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

TIME lancar MyKabel, pelan 100Mbps hanya RM69 tetapi khas di lokasi B40 ini sahaja

Tags: internetpakej mykabeltime
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Pengguna TIME mula terima naiktaraf kelajuan sehingga 1Gbps

PPR terpilih boleh langgan Internet Time 500Mbps dan 1Gbps pada harga serendah RM119/bulan

14 April 2023
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN