• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TIME lancar MyKabel, pelan 100Mbps hanya RM69 tetapi khas di lokasi B40 ini sahaja

  • OLEH Najib
  • 4:14 am
  • 04/02/2023
  • Komen
TIME lancar MyKabel, pelan 100Mbps hanya RM69 tetapi khas di lokasi B40 ini sahaja
Share on FacebookShare on Twitter

Sejurus pengumuman Pakej Perpaduan Jalur Lebar oleh Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil beberapa hari lepas, Time pula tampil melancarkan pelan khas mereka yang lebih menarik. Pakej MyKabel oleh Time memberikan rebat RM30 untuk jalur lebar berkelajuan 100Mbps tetapi hanya di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) terpilih.

Di dalam Pakej MyKabel, penduduk PPR terlibat boleh melanggan pelan jalur lebar tetap Time dengan harga RM69/bulan bersama kontrak 24-bulan. Ini memberikan sejumlah RM720 penjimatan selama 24-bulan kontrak berjalan. Pelan ini memberikan kelajuan muat turun dan muat naik yang sama iaitu 100Mbps.



Menurut Time lagi, pelan ini hanya terdapat di 8 PPR iaitu:

  1. PPR Kampung Baru HICOM, Selangor
  2. PPR Kota Damansara, Selangor
  3. PPR Lembah Subang, Selangor
  4. PPR Taman Putra Damai, Selangor (Lembah Subang 1)
  5. PPR Kerinchi, Kuala Lumpur
  6. PPR UDA Utama, Johor
  7. PPR Taman Perling, Johor (Jalan Rawa 1)
  8. PPR Taman Perling, Johor (Jalan Rawa 7)

Time turut menyatakan, mereka akan terus menyediakan pakej ini secara berfasa di lokasi terpilih supaya akses internet gigabit boleh dinikmati lebih ramai rakyat Malaysia. Pakej MyKabel RM69/bulan akan sedia dilanggan mulai Mac sehingga Disember 2023. Maklumat lanjut akan diberikan kemudian di laman web Time.



Buat masa ini, pelan biasa Time menawarkan kelajuan 100Mbps pada harga RM99/bulan. Manakala pelan 500Mbps berharga RM139/bulan. Kelajuan lebih pantas juga disediakan iaitu 1Gbps berharga RM199/bulan dan kelajuan terpantas, 2Gbps berharga RM379/bulan.

Time juga memberikan router WiFi 6 serta nod mesh untuk pelan 500Mbps ke atas, manakala pelan 100Mbps menerima router WiFi 5.

Bacaan Berkaitan

  • Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap tawar Internet 30Mbps pada RM69/bulan
  • Pakej Perpaduan ganti Pakej Remaja, ada lebih kuota & kelajuan untuk Belia, B40, OKU, Warga Emas & Veteran
  • Anugerah SoyaCincau 2022: Pelan prabayar, pascabayar & jalur lebar, serta telco mudah alih & jalur lebar terbaik
Tags: B40Pakej Perpaduanpakej perpaduan jalur lebar tetaptime
Najib

Najib

POPULAR

TIME lancar MyKabel, pelan 100Mbps hanya RM69 tetapi khas di lokasi B40 ini sahaja

TIME lancar MyKabel, pelan 100Mbps hanya RM69 tetapi khas di lokasi B40 ini sahaja

4 February 2023
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER