• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pakej Perpaduan ganti Pakej Remaja, ada lebih kuota & kelajuan untuk Belia, B40, OKU, Warga Emas & Veteran

  • OLEH Najib
  • 4:29 pm
  • 21/12/2022
  • Komen
Pakej Perpaduan ganti Pakej Remaja, ada lebih kuota & kelajuan untuk Belia, B40, OKU, Warga Emas & Veteran
Share on FacebookShare on Twitter

Pakej Remaja Keluarga Malaysia (PRKM) telah diperkenal pada September 2021 oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia ketika itu, Tan Sri Annuar Musa. Pakej ini menyediakan pelan internet mudah alih yang lebih murah daripada biasa tetapi terhad untuk golongan remaja dan pelajar sahaja. Dengan bayaran RM30, pengguna yang layak akan menerima 20GB data yang sah digunakan selama 3 bulan.

Hari ini, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) telah mengumumkan pembaharuan untuk pakej ini yang menyediakan lebih banyak kuota data serta diluaskan untuk lebih banyak golongan. Tidak lagi terhad untuk belia dan remaja sahaja. Namanya juga ditukar, kini dipanggal sebagai Pakej Perpaduan.



Pakej Perpaduan akan mula ditawarkan mulai bulan Februari 2023. Ia boleh dilanggan oleh golongan seperti berikut:

  • Belia berusia antara 12 tahun sehingga 30 tahun
  • Golongan B40
  • Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Warga Emas
  • Veteran

Harga Pakej Perpaduan masih kekal RM30, tetapi tempoh sah lebih panjang iaitu 6 bulan. Kuota juga ditambah, daripada 20GB menjadi 30GB. Selain itu, kelajuan dinyatakan lebih pantas, daripada 1Mbps kepada 3 Mbps. Ini menjadikan harga puratanya RM5 sebulan.



Agak pelik kerana PRKM sebelum ini tidak pernah menyatakan adanya sekatan kelajuan. Malah, tidak pula kedengaran aduan daripada pelanggan PRKM mengenai kelajuan internet yang perlahan. Sama ada ini perkara baru atau tidak diumumkam sebelum ini, tidak dapat dipastikan.

Tawaran Pakej Remaja Keluarga Malaysia

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menyatakan bahawa pakej ini menawarkan penjimatan 50% dengan kelajuan ditingkat tiga kali ganda. Sebanyak lima syarikat telekomunikasi akan menawarkan pelan ini iaitu CelcomDigi, Maxis, Telekom Malaysia (TM), U Mobile dan YTL Communications.

Berita baik untuk jalur lebar tetap

Tambah Fahmi, kementeriannya sedang dalam perbincangan untuk mengumumkan beberapa lagi perkara dalam minggu-minggu akan datang. Salah satu daripadanya adalah untuk pengguna jalur lebar tetap. Dikhabarkan akan ada berita baik akan dimaklumkan dalam masa terdekat, di samping dapat menjana ekonomi dengan lebih baik dan kos sara hidup.

Anda boleh menonton ucapan penuh Fahmi dalam sidang media beliau di bawah ini. Makluman mengenai Pakej Perpaduan boleh didengari mulai minit 8:11.

[Sumber: KKD]

Bacaan Berkaitan

  • Annuar Musa umum Pakej Remaja 20GB RM30 dan Peranti Keluarga hanya RM40 sebulan
  • Bajet 2023: Penawaran Pakej Remaja Keluarga Malaysia dilanjutkan ke 2023
Tags: CelcomDigiFahmi FadzilmaxisPakej Perpaduanu mobileUnifi mobileYES
Najib

Najib

POPULAR

SKMM kompaun Awesome TV RM250,000 atas pelbagai kesalahan, termasuk beroperasi tanpa lesen

SKMM kompaun Awesome TV RM250,000 atas pelbagai kesalahan, termasuk beroperasi tanpa lesen

25 Mei 2023
Apple pecah rekod, 8 dari 10 telefon terbanyak dijual tahun lepas adalah iPhone!

[PROMO] iPhone 13, iPhone 12 & iPhone 11 dijual pada harga serendah RM1,999

25 Mei 2023
Tiada momen yang terlepas daripada lensa Galaxy S23 Ultra, ini sebabnya

Tiada momen yang terlepas daripada lensa Galaxy S23 Ultra, ini sebabnya

27 Mei 2023
Pelan Netflix lebih murah dijangka tiba akhir tahun ini, dengan syarat tambahan

10 alternatif penstriman selain Netflix di Malaysia

31 Mei 2023
Edisi 2023: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2023: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

10 Januari 2023
Kongsi akaun Netflix akan mula dikenakan bayaran tahun hadapan

Netflix Household: Ini caranya untuk berkongsi akaun

26 Mei 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER